>

Friday, July 22

Jejak-Jejak Akhir.

enjoy every moment; for none of it will happen the same way again

Dia lemah. Kudratnya tidak sekuat dahulu lagi. Kini, dia sudah tidak berdaya.
Hanya menunggu masa untuk dijemput.

Pernah suatu masa dahulu. Dia tidak pernah risau untuk berjemur di tengah panas.
Pernah suatu ketika dahulu. Dia tidak pernah mengeluh untuk pulang di lewat malam kerana kerja.
Pernah suatu saat dahulu. Dia tidak pernah merungut untuk melakukan berbagai pekerjaan.
Semua ini tidak pernah menjadi penghalang kerana senyuman yang terukir di garis-garis muka anaknya pasti akan menghilangkan peluh-peluh yang menemani kerana berjemur di tengah panas, ketidakpaksaan bekerja di lewat malam dan keletihan melakukan berbagai kerja.

Suatu masa dia berharap nasibnya akan terbela dengan anak yang berjaya.

Kini, segalanya sudah lama berlalu.
Tiada lagi tangisan yang meminta makanan disuapkan.
Tiada pula kegembiraan mendapat anak patung yang murah harganya.
Semuanya sudah dewasa.Segalanya sudah berjaya.
Tapi, semuanya juga telah lupa pengorbanan segalanya.

Penyesalan mencengkam perasaan.
Hanya kesayuan yang terbenak di jiwa.
Persoalan mula lahir melanda.

Hanya suatu yang dipinta oleh suatu kudrat yang lemah dan tidak berdaya,
pulanglah sebelum nyawa bertemu si Maha Pencipta.

p/s: Selamat Hari Lahir Papa. Love you, Love you, Love you.Muahx.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved