>

Tuesday, July 26

Kehidupan ( Episode 9)- Akhir.


Perjalanan masih diteruskan. Kembara yang dahulu gah kini telah berhenti sementara. Penat lelah yang diharungi rasanya kini sudah cukup bermakna. Pembelajaran yang seketika tidak semestinya tidak bermanfaat. Kadang kadang kita masih lagi mendapat faedah hanya dengan meluangkan sedikit masa. Mungkin kita sendiri tidak ambil peduli.

Untung hari ini adalah kerana kerugian di masa lampau.
Kegembiraan esok hari adalah kesedihan pada hari ini.
Kejayaan di masa hadapan adalah kerana kegagalan semalam.

Apa kata orang. Hidup masih perlu diteruskan. Mungkin jua sepanjang kembara ini kita bertemu bersama dengan mereka yang mudah memahami kita. Dan esok hari juga kita pula pasti meninggalkan mereka. Sebenarnya kita mungkin pernah mengidamkan untuk mendapat peluang sekali lagi untuk mengulangi masa yang indah bersama atau mungkin jua kita akan memohon agar dapat memperbaiki masa yang telah di sia-siakan.

Terima kasih kenangan atas memori yang indah itu.
Tahniah garapan kisah yang disulami pementasan drama.

Kini dia mula mengetahui erti sebenar tentang sebuah pencarian. Dia mula memahami rentak serta ranjau sebuah corak yang berwarna warni. Dan yang paling penting kini dia sudah tidak pernah peduli apa kata orang lagi. Manusia akan terus bercakap dan mengkritik namun tidak bermakna bahawa satu cacian itu berbentuk kehinaan. Ada kala ianya membina. Cuma terpulang kepada kita.

Satu yang dipinta. Esok hari agar lebih ramai mendekati erti sebuah kehidupan.

p/s: Terima kasih kepada semua yang telah memberikan inspirasi.

2 comments:

Anonymous said...

nice..=)

Wook said...

Oh Thanks.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved