>

Monday, July 25

Andai masa diputar.


Somehow, life is unexpected. And we seem to be afraid to remember back whatever had ever happened in the past. It's totally make us sick.
Kalau masa itu boleh diputar dan kita mampu memilih kenangan yang terbaik pastinya kita akan membuang segala memori pahit yang tinggal agar kenangan yang menemani hingga ke hujung nyawa kita hanyalah kenangan yang terindah.
But it is totally a dream.
I still remembered what had happened on yesterday. It keep haunted me.

Kadang kala insan yang akan pergi meninggalkan kita cuba memberitahu kita bahawa dia akan pergi.
Tapi, mungkin kita yang kurang memahami penceritaan mereka itu.
And i had experience it.
It was totally pain when you're not in a good condition but people try to begging you to give the best.I can feel it.

Masih ingat kenangan itu dan ianya akan terus terpahat di minda. Juga akan terus tertanam di sudut hati.
Tuhan itu adil, dia ambil satu persatu insan yang dekat dengannya. Dia terus mengingatkan kita bahawa kita ini hanyalah suatu pinjaman.
Jangan pernah terleka dalam memberikan kasih sayang kerana takut suatu hari kita akan terluka bila kehilangannya.

Dia lemah lagi tidak berdaya.But his spirit never die. He keep on struggle even he is in pain. But he wants to make the people beside him will be happy even he is gone. But he forgets one things. He forgets to erase the memories that we had together.

Kenangan itu akan terus bermain di jiwa.Dan paling penting ianya tidak akan pudar.
Semalam dia sudah menunjukkan bahawa dirinya akan dijemput oleh Tuhan apabila sakitnya benar-benar tidak mampu untuk diselindung lagi. Dia cuba untuk memberitahu bahawa itulah saat akhir untuk menatapnya. Agar insan-insan yang menyayanginya akan cuba untuk menatapnya agar tiada jiwa yang goyah.Tapi, kita kurang memahami bicaraannya. Dia cuba memberika yang terbaik kepada kita dengan penuh tenaga meskipun sudah tiada daya. Namun, kita tidak cuba untuk mendalaminya.

Dan hari ini adalah penguhujung harinya. Dia rebah, lemah, kaku. Meninggalkan kita dengan kepiluan  Malaikat menjemputnya tanpa kita sedari. Jernihan air permata mula membasahi pipi kita. Menemani kita yang sedang kesedihan. Saat ini mula terfikir alangkah indahnya andai masa biasa diputar. Pastinya kita akan cuba mencium, menatap serta memberikan penghormatan saat akhir dia.

Namun, sayang kita tidak tahu rencana Tuhan. Senyuman dia mewarnai kita dan senyuman juga membuatkan titisan air mata mencorakkan hidup kita. Ya Tuhan, jagalah hamba itu sebaik-baiknya sesungguhnya kami di sini pasti akan terus mendoakannya hingga ke akhir nyawa kita jua.

Kami tahu kami hanya pinjaman oleh itu kami beramal.
Kami tahu kehidupan ini sementara maka kami kejarkan akhirat jua.
Kami tahu kepedihan itu perit namun kami telan jua.
Kami tahu kami akan pergi juga demikian kami persediakan diri kami.

Semoga berehat dengan tenang di sana sementara menantikan hari pembalasan kita.
Tiada sekelumit kata mampu dicita hanya air mata yang mengguris jiwa.
Moga berjumpa suatu hari nanti.
Tamat sudah perjumpaan di sini.
Moga bertemu jua di syurga yang kekal abadi.

p/s: Maaf atas emosi yang melanda.
Kenangannya akan terus bersama.



It had never occurred to me that our lives, 
which had been so closely interwoven, 
could unravel with such speed.

If I'd known, 
maybe I'd have kept tighter hold of them
and not let unseen tides pull us apart.

2 comments:

Syazwani Zamri said...

It's true. Just stay strong! =)
Allah is always with us.

La la la..Learn the Alphabets! said...

Oh sure.I hope so lah,btw thanks for the supportive.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved