>

Monday, July 11

Kanak-Kanak.

Kids / Children / Photo by ►CubaGallery
Child by Lazar Slavkovic Children by علي الحسين


Mereka comel. Mereka ceria. Mereka penuh dengan gelak tawa.
Mereka suci. Mereka bahagia. Mereka penuh dengan cerita.
Mereka pewaris generasi kita.

Jangan buang mereka kerana nafsu yang tidak terjaga,
jangan bazirkan mereka kerana silap tidak berjiwa,
jangan deritakan mereka kerana dosa yang dicipta,
Mereka berhak untuk bernyawa,
mereka berhak untuk bersuara,
mereka berhak untuk melihat dunia,

Dunia hari ini sudah porak peranda,
Hidup hanya berbekalkan nafsu namun tiada guna andai akhlak entah ke mana,
Hidup hanya bertemankan pasangan tidak bermakna andai perintah Tuhan diludah entah ke mana,
Hidup hanya berpaksikan kehidupan sementara tiada hasilnya andai tiada bekalan untuk di hari mendatang.
Kasihanilah mereka dengan sepenuh jiwa,
curahkanlah segala kasih sayang sementara masih bernyawa,
hindarkanlah segala yang terlarang andai diri masih tahu kehidupan ini hanyalah sementara.

p/s: Kita merancang namun ada yang menentukan.
Jangan pernah putus asa untuk sesebuah perjuangan yang berguna
 kerana 
kita tidak tahu esok pula bagaimana.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved