>

Tuesday, July 12

Kehidupan ( Episode 8)

tumblr_ln9lmpsNza1qayvd5o1_500

Tidak perlu kutuk sana sini. Kalau diri sendiri pun tidak seberapa.
Tidak perlu perli sana sini. Kalau tahu suatu hari nanti pasti pergi jua.
Tidak perlu cerca sana sini. Kalau tahu syurga dan neraka.
Tidak perlu gaduh sana sini. Kalau langsung tiada perubahan apa-apa.

Kehidupan ini penuh suka duka.Ada kala rasa perit di jiwa. Ada masa pedih di hati. Ada masa sakitnya Tuhan yang tahu.
Kehidupan ini banyak pancaroba. Kadang-kala kita kuat. Kadang kala kita lemah.Kadang kala kita tidak tahu siapa diri kita.
Kehidupan ini penuh dengan kenangan.Namun,masa depan juga tidak dilupakan.Suatu masa sejarah dipandang semula.Satu masa kita gembira untuk hidup melihat hari ini.

Sedih bila tengok yang berkuasa menyeksa lagi yang menderita.Gembira bila melihat masih ada yang berpangkat lagi berharta namun masih ada rasa dekat pada penciptanya.Keliru bila berkata-kata tentang agama tapi dirinya sendiri letakkan agama di merata-rata.Resah bila tengok dunia porak peranda namun yang berkuasa hanya sekadar lepas tangan sahaja.Takut bila tahu suatu masa nanti akan kekal di suatu lama dan belum tahu tentang nasib untuk kehidupan baru itu.

Tolong banyakkan amalan andai tahu noda dan dosa itu bertimbun banyaknya.
Tolong sempurnakan segala perintah yang dicipta andai rasa ingin ke tempat yang lebih bermakna.
Tolong sedarkan insan yang sekeliling andai masih ada sikap prihatin dalam jiwa kita.

Orang jahat ada di mana-mana.Orang baik juga di sekeliling kita.
Tidak semestinya yang jahat itu "setan" selamanya.Tidak semestinya yang jahat itu "malaikat" selamanya.
Akan ada juga insan jahat namun baik di akhir usianya.
Ada pula insan baik namun jahat di penghujung nyawanya.

Kehidupan.
Cubalah menciptakan warna-warna kehidupan yang penuh dengan corak.
Bersyukurlah.
Untuk sebuah kehidupan yang dipilih oleh Pencipta yang Maha kuasa.
Ketahuilah.
Kehidupan yang kekal selamanya itu akan ada suatu pilihan buat kita.

p/s: Selamat Tinggal Mr. Luffy.Moga tenang dan bahagia di alam sana.

tumblr_ldr9yaQwl61qes7r9o1_500
Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved