>

Sunday, June 19

Kehidupan ( Episode 7)

Sign of Life II by Jeremy-G

 You're waiting for a train,
 a train that will take you far away.
 You know where you hope this train will take you, 
but you can't be sure. 
But it doesn't matter 
because we'll be together

Kehidupan.

Bila sudah dicurahkan kasih sayang sepenuhnya.Kadang-kadang kesusahan pula yang melanda.Bukan apa, jiwa ini parah apabila ianya pergi. Hati ini kecewa bila ianya sudah tiada. Diri ini gelisah bila ianya sudah menjadi sebuah kenangan.Dan kehidupan ini takut untuk menjadi pudar apabila sedar bahawa semua ini hanyalah datang sekali dalam kehidupan.Kehidupan dunia yang hanyalah sementara.

Pelakon.Pemuzik.Pengarah segalanya pasti menunjukkan hasil yang terbaik dalam sebuah ceritera kehidupan.Pemuzik memainkan rentak dalam sebuah kehidupan.Ada kehidupan yang rancak dengan berbagai noda dan dosa meskipun dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda.Ada kehidupan yang sederhana dimainkan pula dengan nota-nota muzik yang mendamaikan jiwa.

Pelakon jua pastinya mahu menunjukkan hasil layar yang kreatif agar dapat menggamit perasaan bagi yang menontonnya.Tidak kurang juga bagi menggamit lagi memikat hati si pengarah yang garap bermain kata.Ada yang bermain dengan wajah tidak kurang pula yang pandai menggunakan kata-kata.
Inilah sebuah kehidupan.



appreciate those random moments,
life just isn't as fun when it's planned.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved