>

Sunday, June 19

Malaikat.

Dia Malaikat saya.Dia Wira saya.Dia Guru saya.
Dia Jiwa saya.Dia Mentor saya.Dia Kehidupan saya.
Paling penting Dia segalanya. Dia Papa saya.

Kemarahan dia, semangat saya.
Kesusahan dia, cahaya saya.
Keprihatinan dia, kasih sayang saya.
Keluhan dia, keperibadian saya.

Seorang bapa tidak senang untuk mengungkapkan kasih sayang namun jangan pernah pertikaikannya.
Seorang bapa tidak mudah untuk menunjukkan keprihatinannya namun tanggungjawab yang digalas usah dipandang remeh.
Seorang bapa tidak senang untuk memberikan segalanya namun di sudut hatinya jangan lagi dikhuatiri.

Terima kasih untuk kasih sayang.
Terima kasih untuk segala yang diberikan.
Terima kasih kerana keperluan.
Terima kasih untuk segalanya.

Andai hari ini anakmu akan pergi dulu menyahut seruan Tuhanmu,
hanya satu yang ku minta agar esok hari Tuhan berikan sinar kebahagiaan atas segala yang dicurahkan buat anakmu ini.Terima kasih,Papa.

p/s: Berikanlah kasih sayang sementara masih ada kerana masih ramai di antaramu yang merindukan kasih sayang seorang bapa.Bagi yang sudah tiada pula, sauhkanlah doa buat ayahmu di sana agar hari-hari mereka di sana diberikan keberkatan atas doa mu itu.

Salleh@ Abdul Latif bin Ismail

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved