>

Thursday, May 19

Dari insan kepada Ilahi.

2 2 through 3 3 by [ d i e g o ]

Kalau ditanya tentang kehidupan.Jangan tanya pada manusia kerana yakinlah bahawa jawapan yang diterima pasti timbul lebih banyak persoalan.
Kalau ditanya tentang erti sebuah kehidupan.Jangan dicari di dalam kamus hidup seseorang kerana pastilah  makna yang ditemui tidak setimpal dengan yang dicari.
Kalau ditanya tentang warna kehidupan.Jangan hanya menanti pada hujan yang turun ke bumi kerana pelangi yang hadir belum cukup memberikan warna yang dinanti.

Ali : Bagaimanakah kehidupan seorang manusia?
Adi: Mudah. Ibarat pusat kitar semula.
Ali: Kenapa begitu sekali gambarannya.
Adi: Insan itu ibarat barang yang boleh dikitar semula.Andai baik akhlaknya maka dikitar menjadilah barang yang baru.Namun andai buruk hatinya maka rosak tidak dapat diguna.Hanya dibakar menjadi sisa.
Ali: Andai begitu untunglah pada yang beramal dengan kebaikan.

p/s: Sedang mencuba.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved