>

Thursday, February 3

Kaca!

Kini saya mula paham,
jangan cuba cantumkan kembali kaca yang telah pecah,
kerana kelak anda mungkin akan terluka,
dan hari ini saya sedar hati saya bagaikan kaca yang telah pecah,
sudah tidak retak,

Hari ini,
saya sedar,
saya bagaikan seorang ayah kehilangan anak-anaknya,
retak,luka,pedih,
hanya tuhan yang tahu,
lagi pedih ianya berlaku apabila anda pulang dan merindui peliharaan anda tetapi ada yang lebih merinduinya,

Masih ingat waktu kakak mula-mula beli,
segala makan minum dijaga,
masih ingat sampai diletak sebelah katil,
takut-takut dicuri,
masih ingat waktu fellow bilik datang kami sama-sama sorokkan mereka,
masih ingat waktu hendak pulang,
saya usaha sorokkannya,
saat itu hilang begitu sahaja,

Saya merindui mereka dengan rodanya,
saya merindui saat saya membersihkannya,
saya merindui saat saya menukar tempat tinggal mereka,
saya merindui  saat mereka bermain dalam bola yang saya beli guna duit saya sendiri,

Hari ini,
bangun tidur saya tercari-cari mereka,
sangat merindui melihat mereka,
namun hati hanceur akan satu berita,
sangat-sangat hancur,

Tuhan,
saya rindu mereka,
sangat-sangat rindu,
betul-betul rindu,
dan benar-benar rindu,

Seandainya saya tahu sebegini,
saya lagi sanggup untuk membawa mereka ke tempat belajar,
kerana pada saat akhir mereka,
saya hanya mampu melihat gambar,
tiada lagi gelak tawa,
tiada lagi roda yang sentiasa berputar..

p/s: To my hammies both of you have hurt me so damn much,and i know i have hurt them for the sake of God!

2 comments:

Anonymous said...

dakyoh sedih2. yg pegi tetap pegi. satu je cara ; beli baru. hihi

Wook said...

yg bru x an sma dgn yg lma,

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved