>

Monday, February 7

Itu hanya sebuah ilusi

Dah memang adat dunialah kan..
Kadang-kadang bukan semua yang kita rancang akan jadi sepertinya,
Ianya mungkin terjadi, mungkin lebih baik atau mungkin juga lebih buruk,
Tidak ada salahnya untuk kita merancang,
kerana perancangan itu satu keperluan,
tapi jangan pernah lupa bahawa ada kuasa yang lebih besar yang menentukan,
mungkin hari ini kita ada,
tengok-tengok esok dan mengadap pada yang maha Esa,

Dulu,dalam diri pernah tertanya-tanya,
benarkah dunia ini sfera,
bukan apa,terdetik dalam hati kalau bumi ini sfera mungkin akan ada satu masa kita berjalan kepala ke bawah kepala di atas,
jalan-jalan pun lurus sahaja,
itu kuasa tuhan dan dia mengatur segalanya,
Dia lagi tahu daripada apa yang kita tahu,

Kini,
Hati mula membenarkan,
mungkin dah matang sedikit barangkali,
persekitaran mematangkan seseorang,
Sebenarnya jauh mana pun kita berjalan,
kita tetap melalui denai yang sama,
namun matlamat yang dicapai itu mungkin berbeza,

Hari ini,
saya mahukan sebuah kejayaan itu hanyalah ilusi,
usaha itu konkritnya,
ilusi tidak akan lahir tanpa ada impian yang konkrit,
konkrit itu sebuah aspirasi kepada sebuah ilusi..
Ujian itu tidak sukar sebenarnya,
tapi ianya pahit,
kadang-kadang yang pahit itu lebih bermakna daripada sebuah kemanisan,
kerana kemanisan itu mungkin akan hilang apabila insan itu pergi!

p/s : Do not try to dream the future if today you are still not learn through the past !

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved