>

Tuesday, February 8

Itu dia !

Bila berkata kena jaga,
mungkin kita rasa ianya hanya biasa,
tapi entah-entah ada pula yang terasa,
Bila bergaya jangan melebih-lebih pula,
mungkin kita rasa ianya trend sahaja,
tapi entah-entah ada yang tersalah tafsir pula,
Bila merancang cita-cita kena berusaha,
mungkin kita rasa ianya susahkan kita,
tapi entah-entah sekerat jalan pula,

Untuk kali ini,
diri ini mula sedar,
kadang-kadang dalam sebuah kehidupan,
ada saat ketika bila kita tidak perlukan benda itu,
benda itulah yang akan mengejar kita tujuh keturunan,
namun benda yang kita mahu pula tak kunjung-kunjung tiba,
mungkin dugaan yang harus diterima,
atau cubaan yang melanda,
jadi hati dan iman perlu bersama,
agar tidak ada pula yang terluka,

Saya masih terluka akan kehilangan mereka,
dan "benda" yang mengambil mereka seringkali dan hari-hari saya berjumpa,
ini laluan yang perlu diterima,
dah adat kehidupan,
tak akan kita selalu nak hidup senang sahajakan,

Hidup ini ibarat sebatang lilin,
kalau lilin itu lemah,
angin yang datang melanda,
akan menghentikan nyalaan lilin itu,
namun andai lilin itu kuat rentaknya,
angin yang berhembus sepoi-sepoi bahasa,
lilin itu akan marak nyalaannya..

Bukan semua yang kita mahu kita akan dapat,
tapi tidak mustahil untuk dapat,
semuanya berlandaskan apa kepentingan kemahuan kita itu,
yang perlu kita tahu sesungguhnya hanya orang-orang yang bertakwa dipandang mulia di sisiNya..

p/s: Whatever obstacles that you may face,just begin it with a smile and end it with a happy laugh..Life is about you begin with an end while the end is just in a beginning!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved