>

Thursday, October 14

Drama




Untuk 18 tahun..

atau mungkin lebih...

saya merasakan bahawa saya masih lagi mentah dan tidak dapat lagi mengikut rentak permainan pentas dunia..benar, mungkin sesebuah kejayaan dapat diserlahkan dengan kegirangan di wajah dan kegagalan diterjemahkan dengan kepahitan yang perlu ditelan rapat-rapat dalam bibir..

kadang-kadang kita merasakan bahawa impian kita sudah dapat dicapai hanya apabila kita melihat setapak demi setapak langkah telah dilunaskan..tapi pernahkah dalam setiap langkahan kita itu kita memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi mungkin untuk hari esok, lusa dan seterusnya..

untuk meramalkan mungkin amat mudah tapi untuk lari daripada sebarang permasalahan yang mungkin berlaku dalam langkah yang seterusnya perlu diperhatikan dengan teliti..

jadi untuk memastikan agar hari-hari kita seterusnya dapat berjalan dengan lebih baik dan lancar daripada hari-hari sebelumnya..mulakan setiap langkah dengan penuh harapan yang tidak akan putus-putus..sinarkan pula harapan itu dengan doa yang berkekalan agar segala yang kita lakukan itu mendapat segala kerahmatan..

seterusnya, pastikan mula derapan langkah dengan penuh kesungguhan dengan pertolongan cinta yang datang melambai-lambai..indahkan cinta itu dengan menghiasi waktu-waktu yang datang menyambar dalam setiap detik kita dalam meniti kehidupan...

dan untuk hari-hari yang mendatang jangan lupa untuk berserah akan takdir yang bakal menjelma jangan pasrah dan putus asa...

pastinya kita akan dapat merasakan bahawa hari-hari yang dilalui berbaloi setimpal dengan apa yang ingin kita kerjakan..untuk melihat sesuatu harapan dicapai dengan sebuah kejayaan mungkin sukar untuk diwujudkan dengan mata kasar namun mampu dilaksanakan dengan akal fikiran yang panjang..

pesanan untuk diri sendiri.."hargai setiap waktu yang ada, serta jangan sekali-kali musnahkan waktu yang ada dengan mencipta alasan tapi ciptakan dengan sebuah harapan untuk mengenggam kejayaan"

cintailah waktu itu selama kita mampu menyintainya..



p/s: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Akan datang waktunya umatku mencintai lima dan lupa kepada yang lima"  

1) Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2) Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3) Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq

4) Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5) Mereka cinta kepada gedung gedung meah tetapi mereka lupa kepada kubur.  

  "Memang kita makhluk yang tidak dapat lari dan longlai dari sifat pelupa tetapi jangan menjadi lupa akan sesuatu yang penting tetapi waras pada benda yang hanya indah di mata kita namun buruk di mata Pencipta"

*-cintailah benda yang boleh dicintai sebaiknya sebelum kita kehilangan cinta daripada Maha Pencipta-*



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved