>

Friday, October 15

paas mein aao na !

Pernah suatu ketika dahulu..Alar, waktu kita mula-mula sekolah lar..kita diajar dengan bermacam-macam..yalah, waktu tu masih lagi pra-matang jadi otak masih lagi belum berkembang sangat lah..maybe aku sahaja kot yang kurang berkembang!haha..

Then,nak menjadi cerita..kita yang masih lagi berada di alam kebudak-budakan diajar mengenal A hingga Z, mengetahui penggunaan Alif, Ba dan Ta..Seterusnya, jari jemari diajar berbilang 1 hingga 10 menggunakan tangan,tak lupa juga diajar menggunakan "sempoa"..sampai bila dah tak cukup jari tangan jari kaki pun diambil untuk dihitungnya..

Benar, kata orang kehidupan di dunia ini memang sangat indah..kerana kehidupan itu diindahkan dengan pengalaman..pengalaman yang berguna untuk masa yang berkekalan..bukan orang lain yang mencantikkan pengalaman kita itu tetapi kita sendiri yang perlu mencantingnya!

Bahasa itu budaya dan islam itu agama..itu sesuatu yang kita sudah tahu sejak azali..cuma cara mempraktikkannya yang bergantung atas kreativiti masing-masing..yalah,lain orang lain cara..namun apa yang ingin dinyatakan di sini sebenarnya..semua ilmu yang kita belajar tak kira lar waktu tadika,pra sekolah atau di sekolah menengah sekalipun..semuanya pasti berguna untuk digunakan bagi masa-masa seterusnya..

terutamanya..ilmu agama yang diperolehi..kadang-kadang rasa sedih + sadis pada sesetengah remaja sekarang..kalau ditanya akan Rukun Negara berapa ramai yang boleh menjawabnya agak-agak eh..tu tak masuk lagi tanya bab-bab hafal lagu "Negaraku"..namun tak apa lagi lar..itu mungkin hanya perhiasan sesebuah negara sahaja..hanya untuk kehidupan sementara di dunia..alasan yang tak lapuk ditinggal zaman kan?..haha..

tapi apa yang menyayatkan hati agaknya ialah..apabila ada yang tergagap dan terleleh air liur dibuatnya apabila ditanya..rukun islam ada berapa eh? rukun yang pertama apa eh?rukun yang terakhir plak apa eh?rukun islam ad eh dalam agama?..sadis dan sedih kan?..itu baru rukun islam belum lagi soalan yang dah lama bocor bagi disoal oleh mungkar dan nakir..


Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan zakat
(5) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)  


so..apa yang saya ingin sampaikan ialah..yang kelima aja sebenarnya..yalah dah nak masuk musim haji..so bakal-bakal haji yang bakal serta dah pun berangkat ke tanah suci Mekah..moga pulang dengan haji yang mabrur ya! 


بُنِيَ اْلإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةِ
وَصِيَامِ رَمَضَانَ، وَحَجِّ الْبَيْتِ 


“Agama Islam dibangun di atas lima perkara; bersyahadat bahawa tidak ada yg berhak diibadahi kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah mendirikan solat menunaikan zakat  di bulan Ramadhan dan berhaji ke Baitullah.”  



kadang-kadang ada benda yang mungkin tampak kecil di mata kita tapi dipandant tinngi oleh Yang Maha Esa..buatlah pilihan sama ada kita inginkan kebahagiaan untuk diri kita atau untuk sejagat bangsa! 


moga-moga diberikan kesempatan untuk sampai dan beribadah di sini sebelum roh meninggalkan jasad yang khilaf ini.."inilah pinta dari sebuah hamba yang senantiasa lemah di matanya,namun mengharapkan kecintaan yang teragung di PenciptaNya!"insyaallah..

p/s:oh ya..tidak lupa kepada ayah ngah dan che ngah yang akan pergi sana..mujur pulang dengan selamat dan mendapat mabrur ya! serta mendapat gelaran Haji Ahmad Nazari serta Hajjah Najmah hendaknya..

"bukan gelaran yang dipanggil untuk dikecapi tetapi amalan yang suci di hati yang ingin ditatapi"

-selamat jalan,semoga mendapat barakahnya sepanjang masa-






1 comment:

fatin amirah said...

semoga pulang dengan selamat :))

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved