>

Sunday, October 31

Andai malang ada baunya

Pernah suatu ketika,

diri ini berangan ala-ala mat jenin,macam mana agaknya andai malang itu ada baunya.pastinya sesuatu yang sukar untuk terjadi dan rasa agak kurang masuk akal..

namun,diri ini berfikir andai kata malang itu ada baunya pasti kita mampu tahu bila bencana alam berlaku..biladan di manakah kemalangan akan berlaku..dan yang paling menarik terlintas di benak fikiran ini..

pastinya kita mampu untuk meramalkan masa depan serta mengelakkan maut..kadang-kadang mungkin kita merasakan bahawa sesuatu itu dapat menjadi indah andai kita mampu untuk mengindahkannya..

namun sebenarnya kita telah lupa akan aturan semulajadi ciptaan Tuhan..

andai malang itu ada baunya,pasti kita tidak akan menjadi manusia seperti hari ini..

Manusia yang senantiasa "BERWASPADA"..

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved