>

Thursday, May 8

Naskah Kehidupan 6.


"Be like the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it.”
- Imam Ali (a)


Selalunya kita merasakan kita mampu memiliki segalanya.
Sejujurnya kita ingin menjadi dewasa tapi mahukan perhatian seolah kita masih muda dan remaja.
Semestinya kita mengharapkan cinta kita bertahan selamanya.

Kita terus berharap dan terus berharap.
Seolah kita bayi tanpa dosa.
Segala doa dikabulkan-Nya.

Bukan bermakna kita tidak mampu berharap.
Cuma berharap akan sesuatu untuk masa depan tidak bermakna kita harus meninggalkan apa yang pernah bersama kita di masa lampau.

Keluarga, teman atau kisah cinta kita.
Yang sama mengajar kita.
Tentang erti dewasa.
Suka duka remaja.
Yang belum pasti kita merasa tua.
Tidak jua untuk kita kekal muda.
Selagi bukan penghuni Syurga.

Ada masa kita perlu hidup seperti dipermainkan.
Seolah mudah diperdayakan.
Bukan bermakna kita tonjolkan kelemahan.
Cuma kita hidup demi mendapatkan satu terapi kedamaian.
Kelemahan tidak melemahkan selagi daripada kelemahan itu kita mendapat satu kekuatan.

Itulah kuasa Tuhan.
Yang tidak melemahkan atas setiap kepercayaan.
Tapi dibalasnya dengan penuh kecintaan.

Cumadewasa ini,
hati kita mulai mati.
Untuk mendekati yang hakiki.
Hingga mula buta melihat baiknya si pemerhati.
Yang hidupnya tiada mati,
tapi waktu hidup kita cuba menjauhi.

Hanya kembali teringat saat ajal menanti,
minta diringankan seksanya roh ingin meninggalkan diri.
Apa waktu itu baru ingat pesan Nabi?

Sedangkan naskah cintanya pun tak pernah buka walau sehari.

Aku juga tidak sempurna.
Hariku penuh dengan melakukan dosa.
Dan aku terus mencuba untuk mengubahnya.
Walau aku tahu aku tak terdaya.

Bukankah syaitan di mana-mana?

Bukankah perangkapnya penuh helah dan dusta?
Mana mungkin aku tak terpedaya.
Cuma bila terkena keampunan yang aku pinta.

Adakah salah seorang hamba?

Adakah salah kalau aku tidak mahu dibawa pergi?
Tidak mahu mati?

Adakah salah jika aku meminta pada sesuatu yang terjadi?
Adakah berdosa untuk aku terus mencintai pada yang tetap juga akan mati?

Salahkah perasaan ini?

Tiada salah untuk mempunyai hajat di hati.
Yang salah bila kita minta selain daripada Ilahi.

Selagi hati bisa mati.
Waktu hidup ia juga bisa dikotori.

Percayalah sepenuhnya pada Ya Rabbi.

Jika cinta,
teruslah luahkan kepadaNya.
Usah kias dalam berbahasa.
Usah sembunyi dalam pengetahuannya.

Dia tahu segalanya.

Pada Dia untuk terus berdoa.
Hanya itu kekuatan seorang hamba.

Dalam naskah kehidupan sebagai manusia.

" Jika cinta itu buta, benarlah kata seorang pemuja,
mencintai yang tidak bermuka,
cukup untuk seorang buta tetap mengejar cinta.
Kerna hanya dengan cinta-Nya,
si buta kembali melihat semula.
Saat itu baru si buta berkata,
jika aku tidak buta kerana buruknya rupa dunia,
pasti suatu masa aku tidak dapat menatap keindahan yang nyata,
wajah Tuhan yang buat si petah kaku tak terkata. " 

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved