>

Sunday, May 4

Naskah Kehidupan 5.



Kita terlalu lena bermimpi.

Ada masa setiap yang kita ingini.
Kita tak berdaya untuk miliki.
Maka, usahlah keraskan hati. Kelak, makin ramai yang menjauhi.

Hati yang sudah tidak suci.
Janganlah lagi dikotori.

Dunia juga sudah lali,
dengan sikap kita yang membuta tuli.
Mencintai pada sedia tak sudi.Memiliki pada yang mula tak ingini.
Seolah segala yang dihajati, pasti semuanya terjadi.

Ada pendirian akan terus sebati dalam kehidupan.

Keluarga adalah tunjang hidupku.
Teman adalah akar diriku.
Cinta adalah sinar buatku.

Cuma,
aku akan terus kasih pada keluarga.
Tiada langsung rasa cinta pada seorang teman.
Hanya setia pada wanita yang aku puja.
Tetap sujud pada Yang Mencipta.

Usah lebih.
Aku akan terus menjauh.

Jauh sejauh-jauhnya.

p/s:

Pohon aku pada Tuhan agar hari aku bergelar graduan moga dicepatkan.
Aku mahu berada dalam pelukan kekeluargaan.
Aku ingin di sisi yang aku perlukan.

Tuhan, bawa aku ke kota cinta.
Mekah yang lama aku puja.
Disember, harinya.
Moga aku sihat untuk menatap keindahannya.

Moga aku masih Muslim yang setia.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved