>

Monday, July 22

4 pagi.

Pukul 4 pagi,
aku masih sendiri,
malam pula kian menyepi,
riuh rendah dengan pelbagai bunyi,
jauh di mata dekat di hati.

Walau tiada lawak seperti papa Zola,
hadir dirimu pelengkap jiwa,
walau sedih mu dipendam jua,
tapi kasih sayangmu erat dijaga,
buat dirimu disayang semua.

Terima kasih kerana mendukung saat aku jatuh,
terima kasih kerana memimpin saat hatiku rapuh,
terima kasih kerana sayang yang sentiasa utuh,
terima kasih kerana sokongan yang terus kukuh.

Jika wang yang diminta,
maaf kerana aku masih pelajar universiti,
jika cucu cicit yang dipinta,
maaf kerana aku masih belum beristeri,
maaf atas segala kekurangan ini.

Tapi aku tahu,
bukan itu yang dikau pinta,
bukan itu yang engkau jaja,

satu yang dikau pohon,
doa untuk kesejahteraanmu,
berjaya buat kegembiraanmu,
taat bagi kesyukuranmu,

maaf andai kataku mencuit rasa,
maaf andai pernah buat kau terluka,
maaf andai lalai berbuat dosa,
maaf andai lemah tidak berdaya,
maaf andai tiada saat kau meminta,

Satu yang aku ingin dirimu tahu,
sayangku padamu tidak pernah keliru,
doa padamu hanya Tuhan yang tahu,

Jangan pergi dahulu,
aku masih mahu berbakti padamu,
jangan diambil dahulu,
aku masih mengharapkan pelukan darimu,
jangan jauh dariku,
aku masih menagih ilham darimu,

Peribadimu adalah idolaku,
katamu adalah nasihatku,
sayangmu adalah selimutku,
tulus ikhlas dari anakmu,
biar alam semesta tahu,
betapa aku kasih akan dirimu,
betapa benar sayangku pada dirimu,

Tiada yang paling berhaga mampu diberi,
hanya doa yang diutuskan pada setiap hari,
agar dirimu dipayungi rahmat Ilahi.

Selamat hari lahir papa.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved