>

Thursday, May 16

Hari Guru 13



Lahir ibu terciptalah bapa,
dalam komiti digelar penjara,
tidak mahir menulis juga tidak pandai membaca,
selemah kudrat dicurahkan juga,
tidak peduli mengenai masa,
bagi melihat seorang insan berjaya.

Menjadi banduan terbeban kerja,
terikat dengan peraturan yang ada,
mengajar si kecil menjadi manusia,
untuk menyumbang kepada negara.

Segala pengorbanan tidak terbalas jua,
hanya doa agar sihat sentiasa.

Terima kasih kerana menjadi lilin saat kegelapan,
terima kasih kerana menjadi kenangan demi membentuk pengalaman,
terima kasih untuk pengorbanan bagi mencipta kejayaan,
terima kasih untuk peringatan tentang kekuasaan Tuhan.

Walau ada masa diri mengeluh,
tapi perasaan tetap juga kekal utuh.

Terima kasih atas segala curahan ilmu,
terima kasih atas membentuk pekertiku,
terima kasih untuk segala nasihatmu,
terima kasih untuk keikhlasan doamu.

Bila diri buntu dan bertambah keliru,
saat itu guru datang terus setia membantu.


Daripada seorang pelajar untuk semua insan bergelar guru,
Selamat Hari Guru.


1 Aspirasi 1 Agenda.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved