>

Tuesday, May 14

Cinta Si Adam



 



Umur dah dua puluh satu,
mama mula tanya,
bila mahu bawa pulang menantu?
papa mula tanya,
bila mampu timang cucu?
Garu kepala diri keliru.

Belajar belum lagi graduasi,
poket sendiri masih belum berisi.

Kalau mencari teman semudah makan,
sudah pasti tak menjadi persoalan.

Andai mencari seseorang,
carilah yang membawa ke jalan yang terang.

Biar buta saat memilih,
agar ia celik di hari bahagiamu,
biar pekak dalam keluhanmu,
agar ia setia mendengar seusai dia milikmu,
biar bisu dalam memilikimu,
agar ia rela hidup di sampingmu,
yang tahu menjaga dirimu,
tidak yang bermain kata untuk menarik minatmu,
tapi yang sentiasa membimbing tegakkan agamamu.

Bila aurat senang didedah,
itu memang mengundang padah.

Bila ingin berteman carilah yang membawa ke Jannah,
bila saat dirimu keliru ambil wuduk kerjakan solat Istikharah.

Sesudah berusaha ikhlaskan diri untuk berserah.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved