>

Saturday, March 2

Ikhtiar.

We looked at post-Colonial Literature in one of my modules a couple of weeks ago- Literature from Afro-Caribbean and South Asian writers and how they did or did not feel colonised by the English language. We read some incredible pieces.
This is Grace Nichols’ Epilogue.

Dalam mencapai satu kemenangan kita harus mengalami kekalahan. Demi mencapai sebuah keinsafan kita harus mendalami berbagai cemuhan. Lumrah kehidupan ada kala pahit untuk dimakan namun mahu atau tidak harus ditelan.

Andai satu hari diri akan dibangkit bertemu Tuhan.
Saat itu penyesalan tidak lagi berguna. Kata-kata dusta tidak lagi menjadi peneman bersama.
Seram sejuk dibuatnya. Memikirkan tentang segala dosa yang telah dibina. Maksiat makin banyak berleluasa. Sampah sarap dilihat merata-rata. Manusia bodoh mula menjadi raja. Agama hanya fesyen dipandang mata.

Tuhan,
 bawakan cinta antara kau dan aku. Jangan biarkan aku terus menjadi kaku. Mencari hala tuju. Kerna aku tahu sekuat mana peganganku andai bukan dalam perlindunganmu. Aku kekal seperti batu. 

Ada masa kita letih untuk bersabar. 

Kesakitan adalah pembentukan ke arah satu pemulihan.
Kesedihan adalah pemangkin ke arah kemanusiaan.
Air mata setia menjadi peneman. Kerna itu anugerah Tuhan.

Sekuat mana pun kita ingin berubah. Masa sentiasa menjadi lawan.
Sehebat mana pun kita ingin berhujah. Kawan pula bakal menjadi saingan.

Kita perlukan masa. Kita perlukan peneman di sisi.
Tuhan telah memberikan waktu dan dia pula sentiasa membantu.
Jadi apa lagi keharusan yang perlu diragu.

Bila lagi ingin mulakan langkahmu?

p/s:

image

It takes time to succeed and it takes someone to make you realize.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved