>

Friday, December 28

Jauh.

Masa yang kian pantas berlalu. Kehidupan harinya bertukar waktu.
Diri bergerak tapi pejalnya tetap masih kaku.

2012 bakap berpenghujung. Apa perlu kisah
Tahun baru masih akan muncul.
Mula pasang niat. Dalam diri cuba berangan-angan.
Inginkan azam menjadi satu azimat.
Kata kata bertukar jadi keramat.

Yang pergi ingin didekati. Yang hidup mencari pengganti.
Itu suasana yang bakal dilalui.

Tuhan,
untuk tahun baru yang akan datang,
ada kala aku mungkin lupa menyembah, 
ad tika aku cepat menyerah, ada masa aku tetap mengalah,
tapi hari bangkitku tidak pernah tewas,
aku tidak pernah cuba berhenti melawan,
kerna ku tahu,
aku ada nikmat-Mu saat hidup ku,
dan aku kekal dengan kasih-Mu saat matiku.

Siapa kata kesempurnaan tidak perlu dicari? 
Siapa kata kesempurnaan tidak mampu dimiliki?
Kesempurnaan ada di mana-mana. 

Sebab mata manusia dan Esa nyata berbeza.
Kita hanya tidak sempurna di mataNya, tapi mampu menjadi sempurna di kaca mata manusia.

Sempurna tidak perlu hadir selalu. Tapi ada kala ianya akan berlaku.

Sebagaiman kita mampu menilai kecantikan seseorang.
Begitu jua kita mampu merasakan kesempurnaan seseorang.

Cuma, kita tidak bersyukur dengan sebuah kesempurnaan.

Kita merasakan jauh
Jauh untuk menerima seseorang, dan kita menyalahkan ketidaksempurnaannya menyebabkan kita lebih senang untuk berseorang.

Akhirnya,
hanya kesepian yang setia menemani.

Kerna kita masih memilih untuk menjauh.


Belajar untuk menjadi yang lain tidak bermakna kita tidak hidup di alam nyata.
Cuma kita mempunyai suatu pandangan yang berbeza.
Berbeza tidak semestinya tidak perlu diterima.
Cuma perlukan masa untuknya kekal bermakna.

p/s:

Akhirnya
learntobetheperfectsecretadmirer.blogspot.com beralih jua kepada http://www.learntobetheperfectsecretadmirer.my/.

Terima kasih pada yang membantu.
Maka, domain baru telah tercipta.





2 comments:

Rafiq Naemah said...

style kot entry nih.... budak ali tumpang lalu...^_^
http://rafiq-icelemontea.blogspot.com/

syakir salman abdul latif said...

thanks byk2 atas pujian dan support. sgt2 mnghrgai. cuba utk terus menulis.

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved