>

Friday, July 6

Rantaian Manusia Kini (2)

Setelah melihat anaknya mula bercita-cita, telah meningkat dewasa.
Si ayah mula untuk memberi pandangan yang dirasa.



Anakku,
dunia ini tidak seperti yang kau bayangkan,
bukan semua cantik menjadi idaman, bukan semua hodoh menjadi buangan,
kamu tidak mampu samakan realiti dengan khayalan.

Kasihku,
hidup bukan sekadar sebuah perjuangan,
ia perlukan pengamatan, ia juga inginkan penghayatan,
bukan sekadar tersemat di dalam kenangan.

Jantungku,
realiti ini pentas perlawanan,
kerana ketamakan rakan menjadi lawan, kerana kekayaan keluarga ditinggalkan,
ingatlah pesanan buat pedoman.

Sayangku,
pahit itu perlu ditelan,
usah risau tidak jutawan, tidak mengapa gemilang tak ditawan,
andai dirimu sentiasa dermawan,

Jiwaku,
ini sebuah rantaian,
jangan berkasih andai tiada ikatan, biar dirinya cantik menawan,
pastikan iman kekal bertahan.

Doaku,
jangan mula hilang pertimbangan, usah dilawan aturan Tuhan,
biar menjadi hamba idaman.

Andai diriku,
tinggal kau keseorangan, berbakti kepada setiap insan,
pasti dirimu dirahmati Tuhan.

p/s:

Ajarlah kanak-kanak daripada kecil,
didiklah ia menjadi dewasa.

Tapi tidak perlu dengan penuhkan tekanan,
 sekadar cukup memberi pengajaran.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved