>

Tuesday, June 19

Rantaian Manusia Kini (1)


Waktu kecik kecil dulu, ibu ayah selalu tanya, adik bila besar nanti nak jadi apa?
 Along dah besar nanti cita-cita nak jadi apa eh?
 Dah nama pun diri masih kecil otak pun kurang matang lah sikit. Jawapan diberi pun mula lah entah apa-apa hanya pandai merepek sahaja. 


Adik nak jadi Superman, along nak jadi Power Puff Pink, angah nak jadi Power  Rangers Hijau yang panggil dinosaur. Mak mula geleng kepala. Ayah mula hentak tangan atas meja.

Bila dah besar sikit. Fikiran mula matang sikit. Ibu ayah tanya lagi. Ni semua bila besar nak jadi apa.

Adik nak jadi polis boleh pegang M-16, along nak jadi jururawat boleh cucuk-cucuk ibu tak henti-henti, angah nak jadi juruterbang. Boleh ikut helang terbang cari si ayam.

Memang lah bukan semua cita-cita jadi nyata. Tapi sekurang-kurang kita mempunyai sesuatu untuk dilaksana. Bukan hanya ikut telunjuk orang saja dan bukan juga hanya menurut apa yang dirancang sahaja.

Bila diri sudah dewasa. Otak masing-masing mulalah matang nak lakukan apa saja. Mungkin tak cukup matang macam orang dewasa atau mungkin juga terlebih matang dari yang dewasa. Tapi yang penting punya budi bahasa. Mulalah tanya ibu ayah nak tengok diri jadi apa.

Tanya mak dia kata nak tengok anaknya berjaya tak kisah jadi apa. Tanya ayah tiba-tiba dia kata nak minta ganti Perdana Menteri yang kelima. Tanya along dia kata tak kisah cita-cita tu apa yang penting jangan kahwin dengan janda ala-ala pelakon nama Che Wan yang seksi hingga menjolok mata.
Motif? Haha.

Semua orang mahukan yang terbaik untuk diri kita hinggakan diri kita sendiri rancangkan yang terbaik untuk diri kita. Ada yang terlaksana. Ada jua tak menjadi nyata. Kerna itu semua ketentuan yang Maha Esa. Ibu bapa mula tua. Anak-anak meningkat dewasa. Ibu bapa mula timbul kerut di atas mata. Anak-anak membesar tampan dan jelita. Ada yang sudah tiada berdaya. Ada pula yang sudah meninggalkan dunia bertemu dengan Maha Pencipta.

Yang berjaya jangan cerca kurang berjaya.
Yang kaya jangan hina yang miskin.
Yang jahat jangan malu berubah nak jadi baik.

Semua bebas untuk memilih gaya hidup masing-masing.

Kebebasan bukan bermakna tidak perlu melakukan sebarang perubahan,
 cuma sesuatu pandangan perlulah dititikberatkan.

p/s:

Selamat Hari Ibu dan Bapa.
Mungkin ada yang kata hari-hari adalah hari ibu dan bapa.
Mungkin jua ada yang kata tidak perlu sambut hari ibu atau bapa kerana bimbang menjadi kepercayaan yang tertentu. Tapi asalkan cara kita meraikan adalah baik tidak kisah untuk kita meraikan hari tersebut.

Sebab seandainya Hari Guru,  Hari Pekerja juga begitu.
 Apa lah salah seandainya mereka juga diraikan pada suatu hari yang satu. 
Sekurang-kurangnya mereka tahu, 
mereka akan dihargai pada hari itu.

Apa yang penting sesuatu hari itu diraikan bukan kerana sejarahnya yang tertentu 
tapi atas niat ikhlas yang tersangatlah jitu.


   


"OHANA"

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved