>

Thursday, June 28

Cinta Ilahi.


Kita tertanya-tanya kenapa kita tidak cantik tapi si dia menarik. Dia punyalah cantik tidak terlawan tapi kita langsung tiada gaya yang menawan. Mulalah diri pergi ke Korea bedah ingin mencantikkan diri. Tak kurang juga terbang ke Thailand menukar jantina diri. Bila tiada pertimbangan diri mulalah tiada percaya pada Ilahi.

Kadang kala kita gelisah tak terkata. Bukan pasal apa. Sebab tengok orang hidup senang dan selesa. Hartanya melimpah rumahnya mewah. Tapi, kita risau kenapa rezeki kita tidak seperti biasa. Bila ujian melanda mulalah pergi tilik nombor ekor agar menjadi jutawan sekelip mata. Bukan mahu berdoa pada yang Esa.

Pernah hati ini rasa tak senang. Diri tak tenang. Mulalah cuba ambil yang bukan bukan. Harapkan kawan tapi rupanya hanyalah sekadar lawan. Hilang ke mana segala pesanan. Segala yang tinggal hanyalah sebagai suatu kenangan. Segala usaha tiada bermakna bila tiada kepercayaan pada Tuhan.

Untuk nampak menarik tidak perlu menghabiskan wang. Sekadar cukup ada suatu kepercayaan. Amalkanlah siapa tahu dirimu akan bersinar takdirmu akan terubah.



فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

When she heard of their malicious talk, she sent for them and prepared a banquet for them:
 she gave each of them a knife: and she said (to Joseph), "Come out before them."
 When they saw him, they did extol him, and (in their amazement) cut their hands: they said, 
"Allah preserve us! no mortal is this! this is none other than a noble angel!"

(12:31)

Bila dah cantik. Dalam hati mulaalah terdetik. Indah juga kalau berduit. Tapi, apa guna kalau rezeki diberi tidak tinggi berbukit. Mulalah pergi kedai tilik nasib. Mandi bunga buang segala sial yang ada. 

Hingga malu untuk terus meminta pada si Dia Maha Kuasa.

Tak perlu membuang wang yang ada. Tiada juga menghabiskan masa. Cukup wuduk yang sempurna. Memandang kiblat yang sama. Sujud terus pada yang Esa.

Cubalah lakukan solat Dhuha. Tidak kisah jumlahnya berapa. Cukup dengan seikhlas yang terdaya. 


 
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Bila cantik sudah diberi. Harta pula sudah cukup menyara anak bini. Bimbang pula akan ketenangan diri. Terus cuba mencari sebuah solusi.

Jika kecantikan datang dari Ilahi. Pasti rezeki Dia yang bagi. 


  In the name of Allah, the Gracious, the Merciful.Have We not opened for thee thy bosom. And removed from thee thy burden. Which had well nigh broken thy back.And We exalted thy name? Surely there is ease after hardship. Aye, surely there is ease after hardship. So when thou art free, strive hard.And to thy Lord do thou attend whole-heartedly.

( Chapter 94: Al-Inshirah)

p/s:

Cantik di sini hanyalah fantasi,
hidup muda selamanya itulah yang dinanti.

Ayat Ilahi, remedi hati.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved