>

Friday, May 11

Ini ceritanya

“People are sheep. TV is the shepherd.” 
― Jess C. Scott

 

Perjalanan panjang sebenarnya singkat.
Itu hayat ditolak hakikat.



Kadang kala. Kita sentiasa menyalahkan sesuatu media.

Kita salahkan media massa kerna paparkan cerita remaja penuh dengan noda.
Kita kutuk media kerna lebihkan cerita daripada kisah asalnya.
Kita cerca media kerna hebahkan hiburan kurangkan agama.
Kita caci media kerna bentangkan gosip berbanding yang nyata.

Hingga kita lupa. Sebenarnya media massa itu dikawal manusia.
Maka bila sesuatu dikawal manusia pastilah ketidaksempurnaan sesuatu perkata itu mampu dilihat dengan terang dan nyata.

Tapi, pernah juga media massa memaparkan apa yang patut untuk ditatap oleh kita.
Iklannya juga banyak yang bermakna dan produksi media massa ini kaya melalui iklan yang dipaparkan lebih daripada cerita yang diuar-uarkan.

Jadi, jangan hanya mencaci tanpa mengetahui cerita yang sebenar kerna andainya kita melakukan propaganda sebegitu kita juga akan tergolong dalam satu sistem media massa.

Ini situasi yang berlaku yang dipaparkan oleh sesuatu media.

# Pertamanya maaf andai situasi ini membuatkan ada yang terasa.
 Ada yang malu tidak semena-mena dan ada yang mula ingin membalas-sebalasnya.

Situasi 1

Di dalam train ke sebuah perjalanan. Train itu berhenti ke sebuah perhentian. Lalu, masuk seorang warga perempuan yang lemah, tua dan kurang bermaya. Malangnya, semua tempat duduk sudah dipenuhi. Ramai mula pejamkan mata, ramai yang mula memasang muzik di telinga dan tidak kurang pula ramai yang buat-buat membaca.

Susah ke untuk berbakti kepada seorang insan yang tua lagi tidak bermaya?

Situasi 2

Seorang lelaki tua, kurang upaya. Berjalan terhencut-hencut dengan tongkat panjang setia di tangannya. Tiba-tiba, lelaki itu memanggil namun panggilannya tidak bersahut. Lelaki itu ingin mendaki anak-anak tangga tapi tiada siapa membantu. Orang ramai mula dengan hal masing-masing. Lelaki itu dipinggirkan sebegitu.

Hinakah kita untuk membantu seorang insan kurang upaya yang memerlukan pertolongan?

Situasi 3

Si buta ingin melintas. Jalan sibuk dengan sesaknya. Si buta menunggu berjam-jam lamanya. Ingin melintas sayangkan nyawanya. Insan lain ramai di sekeliling. Tapi sayang, ramai insan buta hati berbanding buta matanya. Si buta akhirnya berpatah semangat tidak mahu melintas.

Adakah kita nampak lemah bila membantu manusia kurang upaya?

Sebab kita tidak berada di tempat seseorang itu maka kita tidak dapat merasai keadaan itu.
Dan sebenarnya ini yang berlaku.
Sebab kita sibuk dengan perkara masing-masing. Kita memilih masa untuk membantu orang lain.
 Kita sibuk memikirkan diri kita sendiri.

Tidak susah untuk kita bangun dan memberikan tempat duduk kepada wanita itu. Cuma, kita malas.
Kita takut kaki kita letih. Patah mungkin!

Tidak susah untuk kita hulurkan tangan membantu lelaki itu mendaki anak-anak tangga. Cuma, kita malu.
Takut-takut kawan-kawan kata cuba mahu cari pahala yang lebih!

Tidak susah untuk membantu si buta. Cuma, kita kurang bersyukur.
Kita rasa kita ada mata tapi kita guna tengok-tengok si jelita tampan yang menarik di pandangan mata.

Bila teknologi menguasai manusia,
manusia mula diperdaya.

Bila manusia menguasai teknologi,
manusia mula lupakan alam nyata.

Jangan teraba-raba di alam nyata,
bila lama di alam maya,
jangan tercari-cari kasih yang Esa,
bila diri menuju ke sana.

p/s:

Kalau hati rasa sayang,
jangan hanya pada yang tertentu.

Kerna kasih Tuhan sepanjang zaman,
jadi eloklah hamba tidak begitu.

Manusia papa mula membantah,
manusia kaya sumpah serakah!

" Bantu membantu ringankan beban"




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved