>

Tuesday, March 27

Tidak patut.


Benar, perubahan itu perlu. 
Tapi untuk mengubah juga perlu berfikir dahulu. 

Manusia mula dipersalahkan. Sebab kita hanya mampu mencari salah orang. Kemudian kita mula mengata tentang keburukan seseorang. Hanya kerna satu dua kesalahan terus manusia itu dicop tidak mampu masuk ke tempat yang mulia.

Itu bukan caranya.

Tapi, alternatifnya pasti banyak lagi. Salah itu mampu dilentur andai dibaiki dengan cara yang betul. Bukan menuding jari mencari salah sesiapa. Ramai lelaki menyalahkan wanita kerana kesilapannya. Ibarat hanya wanita yang pandai melakukan dosa lelaki pula melimpah dengan pahala.

Itu tidak patut.

Seorang lelaki itu sentiasa imam kepada seorang wanita. Lelaki jua guru kepada seorang pelajar bernama wanita. Maka jangan hanya pandai mengata cuba untuk berbuat sesuatu yang berharga. Kerna kadang kala memberi contoh yang baik itu lebih berguna daripada berkata perkara yang tidak baik.

Ini cara yang betul.

Ubah lelaki dahulu sebelum mengubah seorang wanita. Kerna itu lebih manis. Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik Dan wanita yang baik pasti bersama dengan lelaki yang baik. Barulah melahirkan manusia yang baik-baik.

Ini patut direnung.

p/s:

Perubahan tidaklah semestinya melulu,
tetapi lebih manis andainya ianya perlahan dahulu.
namun berkekalan walaupun penat menunggu,
kerna bila melihat hasilnya sebegitu penat lelah pun hilang selalu.

Bukan niat untuk berbangga dengan ilmu, tapi sekadar berkongsi apa yang baru.


Sekurang-kurangnya kita berkongsi apa yang kita tahu,
kerna siapa tahu akhir hidup nanti ianya berguna untuk berjumpa dengan Yang Maha Tahu.

2 comments:

Nurna Azrin said...

nice sharing.. betul tu.. kdang2 kita suke mencari slh orang.. sehingga kan salah sendiri tak sedar

Wook said...

oh thanks a lot kawan 4 the supprotive words..yes agree on that

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved