>

Tuesday, March 6

Serpihan.


Bila sayang mula berganda, teman rapat kian dilupa,
saat susah ingin bersama, bila senang ditinggalkan saja.

Itu adat manusia biasa, bukan tiada ilmu di dada,
cuma bongkak yang mengada-ngada, berserah saja pada yang Esa.

Bawa yang tercinta ke dalam syurga, lontar rakan jauh ke neraka,
kata sumpahan dilontar merata, teman sejati dibiar terseksa.

Bila sudah tiada bersama ,rakan baik mula didamba,       
rintihan dimohon untuk bersama, masa lalu tidak akan menjelma.

Lari membawa mata yang berkaca, mohon Tuhan putarkan masa,
agar kembali kenangan yang lama, memori indah ligat dipuja.

Ini bukan karma biasa, namun ianya pengajaran bermakna,
biar menghargai apa yang ada, kerna sesal tiada berguna.

Sifat manusia sudah terbiasa mengata pada yang nampak jelas di depan mata meski tidak tahu kisah sebenar. Cerita mula dilontar merata-rata buat orang tertanya-tanya mula bina drama pendek buat sementara. Bukan mahu ditanya pada yang tahu kisah yang nyata tapi lebih rela mereka cerita.

Kasihan!

Mereka tidak tahu. Mereka keliru. Mereka buntu 
Tidak tahu orang lain mula menyampah bila perangai busuk bagai sampah.

Dan tidak mengapa. Apa yang pasti janji Tuhan itu pasti dikota maka ayuh biar masa menentukan segalanya. Insan teraniaya hanya mampu berdoa. Terserah pada yang Maha Kuasa.

Terima kasih atas pemberian pahala pada insan yang berhak menerima.

p/s:


Saya tidak berniat untuk mengakhirkannya bila awak yang memulakannya. Namun sayu mampu memaafkan kesilapan awak yang ada. Saya tidak sedih dengan perbuatan awak tetapi saya mula untuk hilang arah.

Dan waktu itu saya sedar bahawa saya tidak perlukan percayakan sesiapa yang hanya memerlukan saya dalam senang dan meninggalkan saya dalam kesusahan.Itu jalan yang bakal kita pilih.

Bersama membawa hala tuju sendiri.

Oh, 
satu lagi selamat menunaikan Umrah juga kepada datuk, nenek, pak sedara, mak sedara, sepupu juga. Selamat pergi dan selamat pulang.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved