>

Friday, March 16

Bahasa itu indah.


 
Mungkin niat kita betul, 
namun belum tentu cara yang diguna juga betul.

Kalau ingin menegur jangan hanya pandai mengutuk, tapi cuba gunakan bahasa yang halus.
Itu lebih baik, kerna agama kita bukan agama yang hanya pandai bercerita tentang seksaan neraka,
 tapi juga ada berkisar tentang kegembiraan di syurga.

Maka, mengapa hanya diingatkan pada seksaan neraka bila kita ingin menuju ke syurga?

Agama kita bukanlah “ terrorism”  seperti yang dikhabarkan. Tapi kita sendiri yang menampakkan ianya sebegitu.

Seorang lelaki ingin mengubah seorang perempuan yang tidak tertutup auratnya dengan hanya kutukan. Ingat kutukan itu melemahkan. Cuba ubah cara kita. Tapi kita berterusan hanya pandai mengutuk. Ayuh kita gunakan bahasa yang baik. Eloklah kita tunjukan bagaimana nikmat syurga itu. Siapa golongan syurga itu. Bagaimana rupa golongan syurga itu. Bukankah itu lebih baik?

Bagaimana kita mahukan syurga namun kita lebih banyak mengingatkan tentang neraka?
Itu konsep yang salah.

Sebagaimana cinta.  Sebegitu juga nasihat.
Ianya harus selari bersama.

Kita memberi nasihat kerana kita sayang dan prihatinkan seseorang itu. Maka adakah kita akan bercakap bahasa yang jelik berbanding bahasa yang baik?

Agama itu indah jadi gunakan bahasa yang indah.
Jangan hanya pandai tunjukkan contoh yang bersepah sepah tapi hakikatnya tiada siapa mampu tergamam.

p/s;
Masing-masing ada pendapat. Tapi tidak bermaksud semua mampu meluah.
Meluah itu tidak salah. Tapi meluah secara melulu itu tidak berasas.

Maaf!

Menegur bukan untuk menunjukkan ilmu siapa lebih tinggi atau membangga diri,
tapi dengan berharap seseorang itu mampu berubah dengan niatnya sendiri.

Jangan aturkan kehidupan orang,
tapi tunjukkan cara hidup ke jalan yang benar.

Itu ihsan!

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved