>

Saturday, February 4

Ya Muhammad




Mengapa mohon untuk Tuhan kabulkan permintaan kita,
bila kita tidak pernah Tunaikan kewajipan Tuhan ke atas diri kita?



Bila kita rindu.
 Kalau boleh kita ingin tatap wajahnya.
Bila kita cinta.

 Kalau boleh kita ingin beritahu perasaan kita.
Bila kita sayang.
 Kalau boleh kita ingin tunjukkan rasa kasih terhadapnya.

Namun,
dia tidak lagi bersama kita. Namun pesanannya masih kekal bersama kita.
Mukjizatnya menerangi hidup kita. Sunnahnya melengkapkan amalan kita.
Dan hidayahnya akan terus menerangi kehidupan kita.

Dia datang membawa perubahan. Dia diseksa dalam perjuangan.
Namun Dia tidak pernah mengalah. Dia tidak pernah menyerah. Tapi Dia teruskan dengan berhijrah.
Di situ perjuangannya bermula. Di situ kebangkitannya kian terasa. Kerna di situ Dia tahu perjuangannya hanyalah untuk kita.

Dan kerana perjuangannya yang satu itu maka kehidupan manusia kian berubah.

Andai kita tahu peritnya perjuangannya, pasti kita tunaikan kewajipannya.
Tapi, kita tidak tahu.
Andai kita memahami erti perjuangannya, pasti kita bersungguh menyeberkan risalahnya.
Tapi, kita tidak memahami.
Andai kita mengerti apa yang diperjuangkan, pasti kita bermatian gugur dalam perjuangannya.
Tapi, kita tidak mengerti.
Sebenarnya yang pahitnya lagi adalah bukan kita tidak tahu. Namun kerna kita tidak pernah ambil tahu, kita tidak pernah cuba untuk memahami, apa lagi untuk saling mengerti.

Maka, jangan persiakannya. Masa masih ada.
Hayat masih panjang, mungkin.
Berjuanglah!

Kalau hari ini kita dengar lagu Christina Perri,

Cuba esok kita buku pula kalam Ilahi.
Kalau hari ini kita hafal lirik Justin Bieber si Baby,
Cuba esok kita imbas kitab Nabi.
Kalau hari ini kita berjoget sambil menari dengar lagu Dadali,

Cuba esok kita cuba selawat berkali kali.

Cukup kalau kita pernah ingat.
Sekurang-kurangnya kita tidak lupa
pada Baginda yang sentiasa ingatkan umatnya.

p/s:

Salam Maulidur Rasul,

Semoga diri kita dalam peliharaannya. 
Dan semoga diri kita mampu menjejak kaki ke syurga.

Doa itu senjatanya.
Hati Ikhlas itu pelurunya. 
Redha Tuhan itu sasarannya.
Hamba Mukmin itu penembaknya.

- Penulisan yang baik juga adalah satu bentuk penghargaan. -

.

“Allah is the Protector of those who have faith: from the depths of darkness, He will lead them forth into light. 
Of those who reject faith the patrons are the Evil Ones: from light they will lead them forth into the depths of darkness. 
They will be companions of the fire, to dwell therein (for ever).” 
(Al Baqarah:257)

kayy.


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved