>

Thursday, January 5

Lihat dan dengar 2



Dan kadang kala penyataan kita sama namun pemahaman kita berbeza.
Mungkin kerna penghayatan kita berlainan rupa.

Suatu masa, kita akan pergi. Cuma masanya saja yang belum diketahui. Kadang kala bila kita merenung kembali memori yang lalu. Hati kita mungkin terguris. 
Kerna mungkin kala ini kita masih mampu hidup seperti biasa 
namun kita pasti terasa kehilangan mereka yang sudah tiada.

Suatu masa dulu kita bergelak tawa bersama mereka. Suatu kala dahulu dia menyembunyikan tangisannya. Segala perkara yang dilakukan bersama. Memori itu kembali menjelma di benak fikiran kita. Namun apa kan daya kenangan hanya tinggal kenangan. Sejarah itu tidak mampu diulang sama seperti kejadian yang satu itu. Kita yang masih hidup harus berlagak seperti biasa meski hati terguris tanpa kata.

Hari ini lembaran baru kembali bertamu. Kita hidup dalam suatu masa yang lain. Persaingan kembali sukar. Dunia kian bermasalah. Manusia mula hilang akal. Remaja mula goyah akidah. Warga emas mula hilang pedoman. 
Amanat Tuhan mula kita pinggirkan.

Dan hari ini kita hidup di alam yang nyata. Namun kita lalai dalam mengingatkan bahawa ianya hanyalah sekadar persinggahan sahaja. Kita lupa bahawa ini semua hanyalah pinjaman semata-mata. Kita mula leka dalam buaian permainan Nya. Sedangkan mereka bersorak gembira. 
Kerna kita tidak nampak tentang perkara ghaib yang tidak nampak di mata 
namun wujud dengan kuasa yang Maha Esa.


'  There are known knowns ... 
there are known unknowns... 
there are also unknown unknowns'


 أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم
“The believers are only those who, when Allah is mentioned, feel a fear  in their hearts and when His verses are recited to them, it increases them in faith; and upon their Lord they rely”
- (Surah al-Anfal 8:2)

The believers are only those who, when Allah is mentioned, feel a fear in their hearts and when His Verses (this Qur'an) are recited unto them, they (i.e. the Verses) increase their Faith; and they put their trust in their Lord (Alone);
(8:2)



Maka berpegang teguhlah akan zatNya.


p/s:

Andai kita mampu meramal masa depan,
pasti kita tidak beralih pada pandangan di masa lampau.

Nantikan,
   Nostalgia.




No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved