>

Monday, December 12

Aku Rindu ( Akhir )

Sesungguhnya perginya dirimu membuat diriku kembali kaku.

Kita mula untuk merancang. Dan kita tahu juga hanya Dia yang menentukan. 
Bukan semua yang dipinta itu akan terlaksana. Kerana kita tahu Dia memberi bukan apa yang dipinta tapi Dia beri yang terbaik untuk kita. Cuma kadang kala nafsu itu labih teguh daripada iman. Maka, kesyukuran dalam diri mula hilang begitu saja.

Antara kau dan dia banyak bezanya.
Dia mahir menari dengan gerak kakinya,
dirimu hanya pandai menggerakkan tangan membariskan kata,
dia pandai mengibur dengan suara,
dirimu hanya pandai bermain dengan kata-kata.

Kerna setiap insan dicipta dengan keistimewaan yang tersendiri.

Seorang yang bisu. Tidak mampu berkata-kata. Dia tidak pernah mengeluh atau merungut. Mungkin ada yang kata. Bagaimana dia mahu mengadu andai dirinya bisu. Namun dia tahu yang Esa sentiasa bersamanya.
Maka, dia tidak pernah putus asa. Dia bangkit dari kekurangan dirinya. Dia hebahkan kelebihan dirinya.
Itu bukan takbur. Namun itu syukur namanya.

Kerna andai bukan diri kita sendiri yang mengangkat nama kita siapa lagi?

Jangan dirisaukan kerana kekurangan dirimu,
namun bersyukurlah akan kelebihan dirimu.

Kekurangan mampu dibaiki,
namun andai kelebihan tidak disyukuri.

Tuhan mampu tariknya kembali.

Hari ini akau rindukan masa lalu.
Kerna aku sudah berada di masa kini.
Lalu aku bangkit lalu fikirkan mengenai masa depan.
Siapa tahu bila aku berada di masa depan aku kembali merenung kembali masa kini yang kini sudah menjadi sejarah dalam hidupku.

p/s:

Aku rindu saat kita berteman.
Aku rindu saat kita bergelak.

Namun aku tahu Tuhan juga rindukan hambanya yang dulu gah cintakannya 
namun kini semakin melupakannya.


Kerna Dia pencipta dan kita hanya dicipta.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved