>

Thursday, November 24

Nukilan dan noktah


 
Dan sememangnya manusia itu pasti akan berubah.

Dan perubahan itu akan dilihat melalui satu jangka masa.
Manusia berubah kerana dua perkara.
Manusia berubah kerana manusia.
Atau manusia berubah kerana persekitaran.
Tiada manusia berubah kerana dia mahu berubah.

Kerna pasti akan ada perkara yang mampu membuat dia berubah.Perubahan itu bukan hanya suatu pernyataan.Namun ianya berdasarkan satu kenyataan.

Manusia berubah kerana rakan, cinta dan sebagainya.
Kadang-kala ada manusia berubah keran keizinan Tuhan.

Ada manusia berubah kerana prinsip Tuhan.
Dan tidak semestinya berubah kerana anjakan Tuhan itu satu perubahan yang baik.
Pasti ada yang negatif.
Pasti ada manusia yang salahkan Tuhan,lalu dia berubah.

Semalam. Dia manusia kejam. Dia salahkan Tuhan kerana dirinya tidak sempurna. Dia mula salahkan Tuhan kerana tidak adil pada dirinya. Dia salahkan Tuhan kerana merampas kebahagiannya. Namun, siapa dia untuk salahkan Tuhan. Adakah dia tahu bahawa kebahagiaannya adalah milik Tuhan? Malangnya, dia tidak sedar.

Namun, dia lupa satu perkara. Tuhan tidak lupa. Tuhan itu kaya. Dan paling penting dia lupa yang Tuhan itu Esa.Tuhan masih sayangkan dia. Tuhan bagi dia pedoman. Tuhan bagi dia insan yang mengubahnya.
Lama selepas itu, dia mula berubah.

Dahulu, dia tegar dengan minuman "syaitan". Dia mula rasakan manusia ini harus mulai jadi durjana. Dahulu, dia langgar prinsip Tuhan. Dan paling teruk, dulu dia tidak pernah kenal siapa itu Tuhan?

Hari ini, dia sedar. Hidup ini sementara. Tapi Tuhan itu ada. Dan magis itu ada. Keran dia berubah kerana magis. Dia berubah bukan kerana dia mahu berubah. Tetapi dia berubah kerana dia terpaksa berubah.

 Lalu, mungkin ada yang menyalahkannya kenapa berubah sedangkan terpaksa? 
Dan dia berkata lebih baik terpaksa berubah daripada dipaksa dan diseksa untuk berubah.
Kerana berubah ini bukan untuk satu kadar yang sementara, kadang-kala ianya akan kekal dalam diri kita.

Juga, untuk berubah ia melibatkan pilihan. Lalu, pilihan yang dibuat adalah penunjuk arah kita.
Semalam dia jahat, hari ini dia baik. Siapa tahu esok dia baik atau jahat pula.

Apa yang pasti. Kita yang menentukan kehidupan kita. Namun persekitaran dan orang-orang sekeliling yang menggerakkan hala tuju kehidupan kita.

Ibarat nukilan dan noktah. Sejauh mana pun kita cuba mengelak antara nukilan dan noktah itu pasti akan ada ruang. Pasti ruang itu diberikan oleh Tuhan untuk manusia.

Kerna Tuhan tahu apa yang manusia tidak tahu.

p/s:

Berubahlah.

Perubahan hari ini. Penentu hari esok.Pelenyap badai semalam.

-Salam Maal Hijrah 1433-

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved