>

Thursday, November 3

Lumrah Manusia Bertopeng ( Akhir )

Dan tahukah dirimu bila diriku bersedih kerana dirimu?

Kalau suka, maka mengapa tidak diluahkan?
Kalau benci, maka mengapa tidak diluahkan?
Kalau dendam, maka mengapa tidak diluahkan?

Dan luahan itu satu ekspresi.
Ianya satu emosi.
Namun, ianya juga mungkin mampu memberi satu makna yang bererti.

Mungkin kita sedar.
Atau mungkin kita terlepas pandang.
Dan mungkin jua kita tidak pernah cuba ambil tahu.

Kita takut apabila diluahkan rasa suka,
hati terluka bila diri ditolak.
Kita gerun apabila diluahkan rasa benci,
maka ada dendam yang mula membara.
Kita risau apabila diluahkan rasa dendam,
maka ada insan yang mula tidak mahu berdamai.

Manusia, otakmu geliga. Bahasamu puitis.
Tapi sayang, hati mu penuh dengan gelisah.

Memang benar.
Takut itu pasti ada.Gerun itu memang wujud.
Dan risau itu pasti hadir.

Namun, tidak bermakna apabila dipendam itu masalah akan selesai.

Apa hebatnya dirimu mengata orang di belakang sedangkan dirimu langsung tidak dipandang di depan diriku?
Apa kuasanya dirimu mampu membenci orang itu dan ini sedangkan dirimu langsung tidak disayangi dalam diriku?
Apa agungnya dirimu untuk menyimpan dendam dalam jasadmu sedangkan hadirnya dirimu tiada dalam diriku?

Dan, tahukah dirimu bahawa keputusan itu mampu diubah.
Dunia ini jua berubah.
Maka, dirimu juga mampu untuk berubah.
Perubahan itu ada di mana-mana.
Cuma ia menanti bagaikan cinta yang sejati.
Dan perubahan yang abadi adalah perubahan ke arah hati yang suci.
Kerana itu agung di sisi Ilahi.

Maka, lakukanlah perubahan.
Sebelum ia terlambat.

Kerana dirimu belum tahu adakah kebahagiaan di sana sudah tertulis menjadi milikmu.



p/s:

Bila manusia hanya mampu bercerita tentang perubahan,
namun tiada langkah ke arah perubahan dirimu lebih teruk daripada lalang di padang,

kerna sekurang-kurangnya lalang itu masih ada gunanya oleh makhluk yang lain.
-Mr. Kayy.-

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved