>

Wednesday, October 26

Lumrah Manusia Bertopeng 2

 

Dan aku tertanya mengapa dirimu berfikiran sedemikian.
Lalu, tahukah dirimu bila diriku tersentuh.
Dan aku tidak memohon untuk diberikan harapan.
Lalu, aku memohon agar engkau menjauh.

Detik demi detik.Masa itu tinggi nilainya.
Saat berlalu pergi.Luahan itu tinggi kesannya.
Aku berkawan dan aku berteman. 
Kadang kala temanku ramai golongan perempuan.
Namun tidak bermakna diriku ini si kaki perempuan.
Aku berteman dengan yang lembut tidak dilupa pada yang garang.
Kadang kala jantan itu lebih matang.
Namun tidak bermakna diriku songsang.

Aku berkawan pada yang putih juga yang hitam.
Kadang kala mereka gembira namun pernah juga terasa geram.
Namun tidak bermakna diriku ini si bapa ayam.

Aku berkawan dari ramai kenalan.
Kadang kala muda menjadi lawan tua menjadi rakan.
Namun tidak bermakna diriku ini si anak ikan.

Teman,
usah mudah kau lemparkan tuduhan.
Jangan senang percayakan orang.
Usah mudah membuat keputusan.
Jangan senang membuat andaian.

Percayalah satu hari pasti kau tahu bahawa dirimu itu belum selesa dengan apa yang ada.

p/s:

Sometimes people love to say something
but the worst thing is when they say something without thinking.

*kata,keji dan cercalah apa sahaja.Kerana diriku tahu Dia pasti ada.

Ya, 
Dia ada di mana-mana untuk hambanya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved