>

Friday, October 21

Bingkisan Rahsia.

 

Dan bukan semua manusia itu nampak gayanya macho bermakna dia tiada apa-apa kelemahan.
Kerana manusia itu tetap insan biasa.
Maka, sudah pasti dia akan ada suatu kelemahan yang nyata.
Ada perkara yang boleh dibangga dengan penuh jiwa raga.
Dan pasti ada kelemahan yang perlu ditutup dengan dua belah mata.

Apa yang penting hiduplah seperti biasa
lalu bersyukurlah akan apa yang ada
kerna pasti yang terbaik itu rencana di atas sana.

Dan diriku jua begitu. Sudah pasti ada kelemahan yang tersendiri. Itulah sebuah hakikat yang hakiki.


3.

Berilah diriku benda yang berbulu yang sibuk mengejar kucing yang kecil. Pasti diriku akan cuba berlagak cool dan macho tapi yakin dan percayalah pasti akan ada sesuatu perubahan terhadap diriku.
Benar memang geram melihat kecomelan itu namun apa kan daya alergi memaksa diri ini menolak dirimu ke tepi. Diriku pasti akan gatal, tangan ini pasti tergeliat sana sini menggaru. Maka, binatang bernama kucing ini perlu dielakkan.

2.

Berilah diriku air apa saja.Pasti aku akan meneguknya.Dan janganlah jadi lurus bendul pula untuk memberi air-air yang tidak mampu untuk diminum.Kerna takut ada yang tidak dapat melihat wawasan 2020 pula.Namun bukan bermakna diri ini memilih.Bukan jua bermaksud warna cokla yang pekat itu tidak menawan namun apa kan daya kerna diri ini tidak mampu untuk menegukmu. Usah beri diriku minuman milo kerna kelak longkang jua yang menjadi peneguk yang setia.

1.

Dan bagi diriku inilah perkara yang paling memalukan.Dalam kehidupan ini mesin dicipta untuk memudahkan kerja manusia. Namun diriku cuba menyumpah nyumpah mengapa sebuah bilik yang bertutu rapat itu dicipta.Ya, benar diri ini takut akan ruang yang kecil. Itu satu perkara yang nyata. Diri ini mungkin tiada keberanian untuk menaiki benda itu seorang diri. Pasti perlukan seorang peneman. Kerana kalau tiada diri ini pasti terkumat kamit lalu mata ini pasti akan dipejam seboleh yang mampu.
Benar,ini bukan satu penipuan. Lif, aku hairan mengapa ianya dicipta?


p/s:

 Ada yang berlagak seperti biasa namun dalam hati penuh dengan tanda tanya.
Dan berapa ramai yang lemah namun cuba berlagak kuat.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved