>

Tuesday, September 13

Luahan? Luahkanlah!


Kadang-kala hidup ini kita nampak macam mudah sahaja.
Mudah bagi kita bila kita ada segalanya.

Kita tiada rasa sunyi bila kita ada kawan,
Kita tiada rasa putus sokongan bila kita ada keluarga,
Kita tiada rasa kesusahan bila kita ada harta benda,

Tapi,

mungkin kita lupa.
Ada kawan datang waktu senang tapi hilang waktu sukar,
ada keluarga pentingkan kerjaya daripada ukhuwah kasih sayang yang terbina,
ada harta benda yang mampu membuatkan kita hilang siapa diri kita.

Bukan semua benda yang baik akan membuatkan kita jadi baik.
Semuanya bergantung kepada diri kita.
Kita mungkin mampu untuk berkata tapi belum tentu fizikal kita mampu melakukannya.

Kita kecewa bila kita gagal,
Putus asa bila kemahuan kita ditolak,
Tertekan bila kehendak kita tidak ditunai,

Namun,
mungkin kita lupa bahawa sebenarnya
di sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya.

Pokok tidak akan saja berbunga.
Maka,
cubalah hayati sesebuah kesusahan itu walaupun ianya pahit untuk ditelan
tapi
siapa tahu kerana kepahitan itu ianya memberikan sebuah kesempurnaan
meskipun
kesempurnaan itu hanya wujud di  mata kita.

p/s:
Dan hari ini sesuatu telah dipelajari.
"Maaf kerana ketiadaan masa untuk mengupdate".
Kerana saya seorang pelajar dan saya ada perkara yang menyibukkan diri sebagai pelajar.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved