>

Thursday, September 22

Dan hanya itu.



Dan sudah menjadi lumrah dalam sebuah kehidupan manusia.

Kita merasa sedih bila kehilangan insan yang tersayang,
kecewa bila insan tersayang meninggalkan kita,
mampu ketawa dengan penuh riang apabila ada insan lain mula berjenaka,
mula rasa rindu bila tahu diri ini ada insan lain yang sayang.

Kerana kita tahu apabila prejudis manusia mula berubah.
Pastinya ianya adalah sesuatu yang sukar diterima oleh akal fikiran yang normal.

Ia sesuatu yang mengejutkan apabila kamu mampu ketawa
melihat insan yang kamu sayang dijemputNya.
Dan akan datang sebuah ketenangan apabila kamu bersama dengan kanak-kanak riang.
Telatah mereka, senyuman mereka, pastinya akan mampu mencuit jiwa.

Bercakap pasti mudah, 
namun melakukannya sesuatu yang payah.

Mungkin hari ini anda berbicara untuk membahagiakan mereka,
dan siapa tahu esok lusa anda sendiri yang melukakan mereka.
Mungkin hari ini anda berjanji untuk pelbagai perkara,
dan siapa tahu esok lusa anda sendiri yang lupa menunaikannya.
Kerana kita belum tahu bila akan tiba masanya,
maka eloklah jua andai kita terus bersedia,
siapa tahu selepas ini kita dijemputnya,
pasti kita berdebar pula menanti keputusannya.

p/s:

Maka ciptakanlah sebuah kenangan yang menarik bersama kita,
kerana hanya itulah sahaja cara untuk kita bercerita tentang diri kita.





No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved