>

Friday, August 5

Sebuah Eksploitasi.

tumblr_l21agyyTwg1qbgkdro1_400
Kadang kala.Apa yang kita lihat dari sebuah luaran tidak bermakna ianya menggambarkan mengenai dalaman.

Cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam.Tapi jangan sangkal masih ada jua yang cantik di  luar dan cantik di dalam.Atau tidak kurang juga masih ada yang hodoh di luar dan hodoh di dalam jua.
Bukan menghina ciptaan Tuhan.Tahu sebenarnya bahawa ciptaan Tuhan itu telah sempurna.Cuma kita sahaja yang mencacatkannya.Biarpun ia selalunya berlaku dalam keadaan separa sedar.

Dalam sebuah perjalanan.Tertarik akan seorang pak cik yang telah tua.Ia semestinya sudah berusia.Berkerut-kerut di dahinya.Namun itu tidak mematahkan usahanya untuk mencari rezeki.Lalu atas dasar simpati diri ini mula mendekati.Seorang penjual, di belakangnya terlihat akan seorang wanita tua sedang menjaga tiga orang anak.Semuanya masih kanak-kanak yang belum mengetahui akan erti sebuah kedewasaan.

Hati ini mula luluh.Tanpa paksaan tangan ini mula cuba meringankan beban.Cuba untuk membeli kuih-muih yang dijual.Dilihat dari sekilas pandang itu bukanlah satu pilihan kesukaan namun diri ini tetap membelinya.
Nampak rias muka yang berseri meskipun mendapat sejumlah wang tidak seberapa.

Memang benar kadang kala kerana keikhlasan Tuhan akan membalas dengan pulangan yang baik.Hari ini kita buat baik dengan orang.Mana tahu esok lusa kalau kita pula yang susah mungkin ada pula yang akan tolong.Tidak rugi pun untuk kita melakukan sedikit kerja baik daripada terus terikat dengan dosa.

Sebab kita tidak tahu lagi.Belum tentu semua amal kita tuhan kira satu-satu.Entah-entah ada beberapa yang kita buat tidak ikhlas langsung.Sekurang-kurangnya ada hari kita mampu buat kerja baik.Bukan susah nak buat perkara baik.Dan tiada susah untuk buat kerja jahat.Terpulang pada kita.

p/s: Tak guna berleter panjang kalau hanya tahu nak sedarkan orang tapi diri sendiri macam kudis buta.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved