>

Wednesday, August 3

Perjalanan ( Akhir )


Dalam kita sedar.Sebenarnya masa itu berlalu dengan begitu cepat.Kadang kadang hingga kita sendiri tidak mampu merasakan bahawa kita sedang hidup berpandukan masa itu.Dan hari ini kita masih lagi meneruskan perjalanan kehidupan ini hingga ada suatu hari kita tertanya-tanya bilakah kembara ini akan berakhir.

Dan dalam perjalanan yang mungkin tinggal segenap lagi.Pengalaman yang menyeronokkan apabila kita mampu melihat berbagai telatah serta kerenah manusia.

Kita merasa puas bila digelar diri ini cantik.
Marah bila orang menegur kita ini hodoh.
Keliru bila orang soalkan tentang jantina kita.
Gembira bila kita beroleh apa yang kita harapkan.
Sedih bila kehilangan orang yang kita sayang.

Untuk suatu masa ini.Hanya perasaan perasaan sebegini sahaja yang mampu kita gambarkan untuk insan sekeliling kita.Belum pernah lagi kita melakarkan sebuah perasaan dalam bentuk yang lain.

Belum pernah lagi melihat ada orang gelak ketawa bila dirinya dipanggil hodoh.
Marah bila orang memanggilnya cerdik.
Gembira bila kehilangan sesuatu.
Sedih bila mengenggam apa yang diidamkan.
Meskipun mungkin ada yang tiada peduli andai teman rapat bisa memanggilnya bodoh.

Datang berbagai mana sekali perasaan orang di sekeliling kita,Apa yang pasti kita masih akan menantikan hari yang satu.Iaitu hari itu.

p/s: Mula mencari manusia yang mempunyai ragam pelik.Mampukah?

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved