>

Wednesday, August 17

Mengutip serpihan kaca


Sudah menjadi lumrah kehidupan. Manusia sememangnya diciptakan untuk cinta mencintai.
Untuk rindu yang meninggi. Untuk kasih dan mengasihani.
Dan ingin saling melengkapi.

Bukan semua cinta berakhir dengan kegembiraan di hati.
Bukan semua kasih bertunjangkan janji suci.
Dan bukan semua rindu akan berakhir dengan keceriaan sendiri.
Tetapi hanya satu kasih yang tulus selamanya, cinta Ilahi.


Ini adalah suatu pengalaman pada suatu masa dahulu.

Siapa manusia hari ini tanpa Adam dan Hawa,
siapa anak hari ini tanpa ibu dan bapa,
apa hati hari ini tanpa kasih dan cinta,
apa dunia ini tanpa kaca dan permata.

Di suatu sudut di Rumah Pengasih Orang-Orang tua.

Ramai yang dibuang tanpa dipinta. Tapi hanya perlu menerima nasib yang sebegitu. Mereka tidak tahu apa dosa mereka. Bahkan mereka mohon diampun andai ada kesalahan. Mereka lemah dan tiada bermaya tapi dahagakan sebuah kasih sayang yang bahagia. Namun masih ada yang mengendahkan sahaja.

Andai ibumu tahu diri ini akan dibuang begitu,
pasti ibumu tiada bersungguh dalam menyusukanmu.
Andai bapamu tahu diri akan dilayan sebegitu,
pasti bapamu tiada sekerat daya membanting tulang untukmu.

Dan Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia terhadap kedua-dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan memeliharanya (menyusunya) dalam dua tahun.  Bersyukurlah kepada-Ku (Allah) dan kepada kedua-dua orang ibu bapa kamu, kepada-Ku (Allah) tempat kembali. 
(Luqman: 14)
p/s:

Mana pergi kata-kata cinta bila tiada lagi kasih di hati?
Jangan tanya pada manusia tapi berdoalah pada Ilahi.  




 


No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved