>

Tuesday, August 9

Buat apa tanya kilat kalau hujan yang turun?

same_story_by_blacknwhiteshadows
Well, at least i live in my own perception.
Who cares if you say something rude!

Kadang kala kita tertanya-tanya betul ke hala tuju yang kita lakukan ini.
Tepatkah pilihan yang kita buat ini.
Bukan apa cuma biasalah dalam hati ini selalu ada persoalan yang timbul.
Pernah suatu ketika kita terkial-kial mencari apa makna itu dan apa hikmahnya ini.
Jangan tepuk dada tanya diri.
Cuba tanya insan lain di sekelililing atau lebih baik kita mencari satu bukti yang hakiki mungkin seketika itu harapannya pasti.

Pernah juga kita tertanya- tanya kenapa yang kaya selalunya golongan bukan Muslim.
Jangan dipersoalkan ciptaan Tuhan kerana telah ada suatu bukti yang jelas.
Dan dalam diri pernah juga ada sekelumit perasaan dengki.
Mungkin diri kita yang kurang mensyukuri atau diri kita juga tidak benar-benar pasti akan janji agung Maha Ilahi.

Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(Taha:131)

Tolong jangan mudah berfikiran terlalu simplistik.
Kadang kala hidup perlukan sebuah pemikiran yang rasional.

Masih ramai yang kaya tapi berapa ramai yang menderma?
Ada, cuma tidak ramai.

Banyak yang ada kuasa tapi berapa ramai yang jujur?
Ada, cuma mampu dibilang.

Penuh manusia dengan nama yang teguh.Tapi berapa ramai yang bersyukur?
Ada, cuma hanya Ilahi yang tahu.

Maka jangan tanya kenapa persoalannya sebegini kalau jawapannya hanya sebegitu 
kerana yakin dan pastilah soalan yang sama pada hari ini dan esok 
belum menentukan jawapan yang sama untuk hari ini dan esok.

Dan kejadian pada hari ini belum tentu hikmahnya sama pada esok hari.

p/s:   
Terima kasih untuk satu bulan yang penuh rahmat lagi berkat.
Masih banyak soalan yang tiada jawapan namun bukan itu yang menjadi titik pertolakan kerana mungkin ada insan yang sedar bahawa jawapan yang ditimbulkan oleh satu pertanyaan mampu menimbulkan lagi sepuluh persoalan.








No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved