>

Friday, August 12

Bila diluahkan dalam separa sedar.

b213369696
Kalau cita-cita punyalah tinggi
tapi usaha hanya di alam mimpi
lupakan saja impian di hati
sebab tiada berbaloi untuk dikecapi.

Pernah suatu ketika dulu.
Gembira tiada terkata melihat artis-artis.
Bukan apa sudahlah mempunyai nama yang teguh, terkenal pula di kalangan masyarakat dan apa paling penting diri ini pasti disanjung.
Hinggakan saat akhir jua pasti masih ada yang mengingati.

Lalu dalam diri mulalah bercita-cita seronok juga andainya diberikan peluang ini meskipun hanya sekali.

Dan keseronokan sebenar akan terhenti apabila datangnya insan yang sentiasa mengingati.

Tiada gunanya ada nama tapi kau layan macam sampah.
Hahh?
Tiada gunanya diri disanjung tinggi tapi perangai mengalahkan kera di hutan.
Opps!
Tiada gunanya terkenal di serata dunia tapi akhir hayat kau dihina, dicaci sampai tersekat-sekat waktu mati.  
Ada ke?

Dan.

Berapa ramai yang ternama tapi rumah tangga porak peranda.
Siapa? Lihat saja dia..
Berapa ramai yang disanjung tinggi tapi diri masih lagi ambil benda yang terhina.
Contoh? Tengok di depan mata.
Berapa ramai yang terkenal tapi diri masih tiada kesedaran diri.
Ada ke? Berlambak dekat market.

Pang.Pang.Pang. 
*Sakit*

Maka diri mulai sedar.
Ramai yang bercita-cita mahu terkenal.Tapi apa gunanya terkenal kalau akhir hidup lupa daratan.
Tipulah kalau tidak mahu ada nama.Tapi cukuplah sekadar masih ada yang mengingati.
Lecehlah kalau tiada di sanjung. Tapi suatu hari ada balasan yang ternanti.

Sedih.Pilu.Hiba.Kecewa.
Tiada mengapa, yakinlah pasti ada hikmahnya nanti.

Tenang!

p/s:

Begitu banyak lagu yang dicipta. 
Tapi berapa juta lagu sanjungan untuk Rasul kita? 
Yang ada cuma Ahmad bukan Muhammad.

Dan keseronokan sejati bukanlah di sini tapi di sana nanti.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved