>

Sunday, August 7

Ada di kisahkan?

z212900229 -Memory isn't fake when you still have picture even just in your mind.-

Puih Puih Puih.
Tolong jangan jilat kembali ludahan itu.

Kelakar melihat telatah manusia sekarang. Bulan baik pun masih mampu buat jahat. Padahal gergasi merah dah diikat. Dan kalau difikirkan secara mendalam cuba tanya diri sendiri apa beza kita dengan gergasi merah itu.Dihitung dengan kalkulus pun pasti jawapannya sama sahaja sebenarnya.Tetapi sesungguhnya perbezaan yang terdapat adalah kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa.

Hairan melihat sesetengah insan itu dapat menjiwai sesuatu perkara itu dengan berkesan.Kadang-kala diri ini mampu terkesima.Yalah, semalam dapat melihat kira satu keadaan yang menakjubkan serta mempersonakan apabila seorang imam ini mampu menyayat hati dengan penuh syahdu apabila tiap kali menyebut sebuah tempat yang bahan-bahannya adalah terdiri manusia dengan penuh mendalam.Tapi ada sesetengah kita ini..Renungkanlah sendiri.

Gembira melihat ramai sekali keluarga yang mampu bersuka ria berbuka bersama-sama.Tidak kira kaya atau miskin.Muda atau tua semuanya bersama. Bukan senang nak dapat peluang ini.Mungkin sekali seumur hidup barangkali.Bukan apa sebab mana tahu tahun-tahun seterusnya keluarga yang penuh ahlinya mungkin kurang seorang dua.Dan waktu itu mulalah jernihan kaca membasahi pipi.

Dan paling sedih apabila melihat masih ada anak-anak kecil yang membanting tulang meminta wang.Memohon untuk dikasihani.Alangkah bahagianya andai saat ini diri ini mampu untuk menolongnya.Bukan tiada pertolongan yang diberi.Mungkin belum mencukupi.Tapi tiada khuatir yang perlu wujud kerana berdoalah kerana pasti ada yang mengetahui niat ikhlas di hati.

Apa yang pasti.Untuk satu bulan ini.Pelbagai perasaan mampu dialami.Hilai gelak ketawa.Rengekan tangisan manja.Hairan satu kepala.Lapar hingga hujung kaki.Letih lutut kaki.
Tidak kira apa sekali pun perasaan yang kita alami.Segalanya pasti menggamit memori.
Kerana apa yang pasti yang hitam putih bersatu.Kurus gemuk menjadi teguh.Cantik hodoh ukhuwah terjalin.Dan sesungguhnya yang dahulu jauh didekatkan, yang dekat semakin erat,yang erat disatukan, dan bersatu hanya untuk satu iatu kepada yang Maha satu ; Tuhan yang agung.

p/s : Kita cuba untuk merancang tapi hanya satu yang menentukan.Tetapi persoalan itu tidak perlu timbul kerana yakinlah bahawa sesungguhnya segala yang dirancang olehNya pasti adalah yang terbaik untuk diri kita.Mungkin di sini kita akan cuba sedaya upaya mempertikaikannya namun siapa yang tahu barangkali esok hari kita akan berterima kasih kembali kepada Ilahi.

*Lebih baik beri peluang untuk percaya akan diri sendiri daripada beri orang lain peluang untuk menjatuhkan diri kita sendiri.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved