>

Monday, July 18

Rasa.Luah.Percaya.



Kadang kala.
Kita sukar untuk percaya pada takdir.
Lalu kita kita mula persoalkan ciptaan Tuhan.

Kadang kala.
Kita suka untuk membandingkan kehidupan.
Lalu kita mula persoalkan keadilan Alam.

Kadang kala.
Kita leka memikirkan tentang masa depan.
Lalu kita mula persoalkan kesilapan masa Lampau.

Kadang kala.
Kita takut untuk meluahkan kenyataan yang benar.
Lalu kita mula persoalkan jiwa yang tiada Keberanian.

Kadang kala.
Kita payah untuk melakukan sesuatu di luar dugaan.
Lalu kita mula persoalkan diri itu tidak Sempurna.

Bukan semua cantik itu baik.
Bukan semua hodoh itu bodoh.
Bukan semua jelik itu pelik.

Masih ada lembap tapi bijak.
Masih ada penakut tapi benar.
Masih ada pendiam tapi berbisa.

Pejamkan mata.
Luahkanlah segala yang ada.
Pastikan pula ianya berharga.
Bukan hanya membuang masa.
Hidup di sini hanya sekali.
Jangan sia siakan segala masa.
Lakukanlah segala yang di cita.
Rasakan perasaan di sekeliling kita.
Jangan hanya memikirkan tentang diri kita.
Percayalah bahawa masih ada yang kuasa.

p/s: Garis-garis kehidupan dicipta bukan untuk menjadi penghalang antara kita, namun ianya dicipta bagi menjadi penghubung antara kita meskipun tersembunyi pada bayang-bayang kita.



No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved