>

Tuesday, July 19

Penuhkanlah air matamu di sisiku.


Sepasang suami dan isteri telah mendapat sebuah berita yang benar-benar telah mengubah nasib mereka.Mereka bagaikan telah mendapat satu lembaran baru dalam kehidupan. Sebuah kenyataan yang mungkin mampu mengubah hala tuju kasih sayang mereka.

Seorang isteri yang mulai sedar bahawa dunianya tidak lagi seindah burung yang berkicauan di pagi hari sememangnya telah merintih perasaan serta merasakan bahawa kehidupannya tidak lagi dihiasi bunga yang mekar di lewat hari. Dia sedar akan tanggungjawabnya sudah pasti tidak lagi diimpi seperti dahulu.Kerapuhan hatinya kerana tidak mampu memberikan satu cahaya mata dalam kehidupan perkahwinan yang kekal abadi sememangnya mematahkan lagi semangatnya. Lalu, wanita ini  tekad bagi mengizinkan suaminya untuk berpoligami.

Namun, di sudut hati sang suami tidak terdetik langsung untuk menduakan kasih sayang yang tulus dari pasangannya itu. Dia memikirkan mengenai sesuatu yang luar biasa. Dia tahu,dia sedar bahawa pastinya setiap yang berumah tangga sememangnya mahukan gerak-gerak kecil bagi menghiasi ruang segenap kasih sayang itu.

Tapi, dia juga sedar bahawa bagi mencipta sebuah keadilan dalam keabadian sebuah percintaan itu bukanlah bagaikan seorang ahli silap mata yang mampu melakukan berbagai bagai helah dalam suatu masa. Dan yang paling terdetik di hatinya dia sedar bahawa bukanlah itu yang diperlukannya.

Maka, sang suami mula bermadah kata bagi menghiburkan si isteri yang berduka lara.

Kita mungkin mampu merancang.
Namun jangan lupa masih ada yang Kuasa menentukan.
Setiap persoalan memerlukan jawapan.
Namun jangan lupa masih ada jawapan yang penuh tanda tanya.
Dalam kehidupan masalah sememangnya ada.
Namun jangan lupa masalah itu mematangkan kita.
Kadang kala kita terlampau mudah berputus asa.
Namun jangan lupa itu adalah jalan terakhir bagi kita selamanya.

p/s: Bahagia akan datang tiba-tiba.
Jadi usahlah meraba-rama mengejarnya.
Namun, tidak bermakna tidak perlu mencarinya.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved