>

Saturday, July 30

Noda Dunia


Apa guna berharta tapi punya susah nak menderma?
Apa guna mempunyai rupa tapi perangai macam kudis buta?
Apa guna berkuasa tapi hanya menyusahkan sahaja?
Maaf andai ada yang terasa,
Tiada niat untuk mengata,
Apatah lagi dengan mencerca,
Sekadar meluahkan sahaja,
Agar masih ada kebenaran yang tersedia
,Lebih baik dari memendam rasa.

Sedih bila tengok manusia kaya raya
tapi segolongan sahaja yang meringankan beban.
Haru biru bila tengok ramai yang hebat berkuasa
tapi lebih ramai yang sekadar bercakap kosong sahaja.
Tempang bila tengok ramai yang terkenal dengan pekerjaan mereka
tapi ramai yang lupa agama.

Apa guna hidup ada beragama tapi Tuhan dilupa?
Apa guna hidup berTuhan tapi segala perintah ditutup dua belah mata?
Apa guna hidup di dunia tapi urusan di akhirat lalai sahaja?

Untuk satu bulan mulia yang akan datang.
Maafkan segala salah dan silap.
Lupakan segala yang berlaku.
Usah dendam yang tiada guna.
Perbaiki pula amalan yang kurang sempurna.


Tuhan,
Buat bulan mulia yang tiba ini.
Kami menadah tangan lalu meminta.

Jadikanlah terawih itu pembentuk ukhuwah antara kami.
Bentukkanlah kesabaran dan disiplin dalam jiwa kami yang berpuasa.
Lapangkanlah rezeki kami dalam zakat yang dikurnia.
Tenangkanlah jiwa kami dalam alunan al-Quran yang dibaca.
Terimalah segala amalan sunat yang kami lakukan.
Sesungguhnya tiada lagi yang kami minta melainkan keampunan yang dipohon dari diri yang lemah.
Dan binakanlah sebuah persinggahan di akhirat sana agar roh ini tenang bila sudah tiada.

p/s: 
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Mohon agar kita dapat lakukan sedaya kita.
Mungkin inilah bulan ramadhan yang terakhir bagi kita kerana sesungguhnya tiada yang tahu tentang kehidupan kita di tahun yang baru.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved