>

Friday, July 29

Cahaya (Prekuel)


who cares if your life sucks when you're doing some good deeds?




Dan saat ini dia tidak mampu untuk bermegah. Memang benar di dalam hatinya hanya sengsara yang tegar menemani. Dia bukanlah tidak berharta namun mungkin kerana sifat tamak yang mebuak di dalam dirinya. Maka, matlamat telah menghalalkan cara dan membuka jalannya untuk mengubah nasibnya.

Sikap kedengkian yang meluat-luat di dalam dirinya membuatkan dia tidak senang duduk. Bukannya tiada jalan lain yang mampu ditempuh. Tapi, bagi memperoleh kesenangan yang mudah dalam sekelip mata maka matanya yang masih lagi segar kini telah buta kerana harta. Telinganya yang belum lagi pekak dari seruan Tuhan kini telah pekak dengan pujukan dan rayuan. Dan kerana nafsu yang sudah tiada terurus lagi membuatkan hatinya yang suatu masa masih mempunyai liku-liku cahaya kini telah berubah menjadi gelap gelita.

Telah datang seruan namun dia telah mengendahkan. 
Telah datang pertolongan namun dia tidak mempedulinya.

Kadang kala muzik itu menghiburkan 
namun masih ada muzik yang menyakitkan telinga.
Kadang kala tingkah laku itu mengasyikkan
namun masih ada tingkah laku yang memedihkan mata.
Kadang kala pemikiran itu menakjubkan 
namun masih ada pemikiran yang merosakkan akal.

Maka, hari ini. Dia telah hilang segalanya. Perasaannya mulai hilang. Dirinya mula sesat. Begitu juga akalnya tiada lagi waras. Dan penyebab itu telah membuatkan hatinya mulai rosak lalu imannya mulai goyah.
Saat ini dirinya mulali lolos dalam kehidupan yang tanpa cahaya. Diri itu telah beranalogi dalam dunia ciptaannya sendiri, lalu lupa diri membuatkann tidak berpegang lagi pada pedoman Ilahi.

" Bila nafsu sudah mulai menguasai diri maka akal mula cuba untuk bersembunyi, lalu saat ini tiada apa-apa yang mampu dilalukan melainkan berbalik kembali kepada Ilahi yang hakiki"

p/s:  Mulai berfikir tentang rentak muzik dalam hati.Mungkin akan datang suatu hari nafsu menguasai diri?

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved