>

Tuesday, June 21

Keluarga.

Parents, Felixstowe prom, 1 January 2010 by dr_ed_needs_a_bicycle

Pemuda itu bergaduh.Bukan dengan insan tersayangnya.Tertapi lebih teruk daripada itu.Perasaan membuak-buak semakin timbul.Hanya kerana ditegur maka dia tergamak mengeluarkan kata-kata kesat kepada dua insan yang membelai serta mendidik si dia daripada kecil hingga sekarang dia kacak bergaya.Menyesal masih wujud namun mungkin atas tidak dapat menahan amarah itu maka dia tegar mengeluarkannya.Sebenarnya dia lupa.Dia lupa akan sesuatu yang menakjubkan yang pernah hadir dalam hidupnya.

Di satu sudut.Kasih ibubapa itu masih lagi tidak pudar.Penyesalan tidak wujud dalam kamus hidup mereka.Mereka tahu anak kecil itu masih muda.Belum mengenali lagi akan erti jejak sebuah kehidupan yang sebenar.

Beberapa tahun kemudian.

Selepas membawa diri dengan hati yang lara serta dendam yang masih ada.Pemuda ini terpaksa mengikuti sebuah lawatan pergi berjumpa dengan warga tua.Takdir Tuhan tiada siapa yang mampu lawan.Kata-kata seorang wanita tua mencengkam perasaan pemuda itu.Memukau.Terpegun.

"Seorang ibu dan bapa mampu menjaga sepuluh orang anaknya namun sepuluh orang anaknya itu belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapa itu"

Luluh.Kesal.Ranap semuanya ada menjadi satu.Saat ini penyesalan terbit dalam diri.Kini semua penyesalan itu mematangkan insan ini.Pengajaran telah membuka matanya agar kadang-kala kita tidak perlu untuk bertindak melulu mengikut perasaan namun lebih baik untuk berfikir dahulu.



p/s: Aku pun tak tahu apa kaitan lagu ni.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved