>

Friday, June 3

Ceritera Kehidupan 1 (Bertamu di laman kalbu)

Wanita  :Dia cantik. Dia menarik. Dia kaya.
Lelaki:  Si dia kurang tampan. Si dia kurang berharta. Si dia baik.

Si pihak lelaki ini telah memendam perasaan terhadap seorang wanita ini. Si wanita yang cantik, menarik serta kaya.Namun lelaki ini sedar bahawa dia kurang daripada segi aspek.Namun dia tahu Tuhan itu Maha Adil,dia berikan sebuah kebijaksanaan. Si lelaki cuba berbagai cara untuk memenangi hati wanita ini. Seperti biasa kerana kekurangan lelaki ini tidak dilayan apatah lagi dipandang. Tapi, lelaki ini terus berusaha dan berusaha. Di sebalik lelaki ini mencuba memikat hati wanita ini ada seorang lagi insan yang dicipta Tuhan yang memendam perasaan terhadap lelaki ini.

Perempuan : Dia kurang cantik. Dia bijak. Dia pemalu.

Atas perasaan malu.Perempuan ini tidak meluahkan perasaan terhadap lelaki ini.Namun di sudut hatinya si dia hanya mampu berharap agar satu ketika nanti ini mampu memandangnya walaupun untuk seketika. Perempuan ini menjadi tempat untuk lelaki ini bercerita segalanya.Tentang cinta, tentang keluarga, tentang segalanya. Meskipun dapat merasakan bahawa wanita ini menyimpan perasaan terhadapnya namun dia masih mempunyai perasaan terhadap wanita itu.

Tidak berapa lama selepas itu, wanita ini berjaya dimiliki oleh lelaki ini. Namun, perangai tidak seindah rupa. Hanya Tuhan yang tahu betapa hancurnya hati lelaki ini. Cinta yang dilontarkan ibarat bermain kata melukakan perasaan Tapi ada insan yang lagi terluka, keluh kesah bukanlah buktinya.Namun begitu, atas setia kawan perempuan ini mengundur diri tanpa kata.

Akhirnya, lelaki itu sedar akan segalanya.Dia tahu pilihan yang dibuat itu salah.Menyesal bukanlah penyelesaiannya.Lelaki ini mencari kembali perempuan yang mencintainya seindah kata sepenuh jiwa.Mencari namun tidak ketemu jua.Hingga si lelaki ini mengetahui bahawa wanita ini telah pergi membawa diri. Pedih di hati ini tidak terkata, lelaki ini hanya mampu kaku tanpa berkata apa-apa.

Di sebuah tempat..


 Perempuan yang terluka ini masih lagi menanti agar akan ada yang datang membuka pintu hatinya yang telah tertutup akibat terluka. Terluka kerana mainan jiwa.

sad girl by Cherry_Huyn

When you crave him more than anything else you've ever craved before
and when people talk about him,
or when someone who has the same name as him
and you get that feeling in your gut that’s absolutely indescribable
and you think about him in every context of every way, you’re in love.


& it was like she was only there when it was convenient for him; like she was the gas station no one ever visited unless their tank was coming up on empty Yeah, there were days when she hated him & there were days when she was head over heals too. But none of those days mattered, because she could never have him no matter how hard she fell.

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved