>

Wednesday, June 1

Analogi Kehidupan.


Ini sebuah kehidupan.Realiti kehidupan.Mungkin ada yang pernah laluinya atau mungkin yang pernah.Dan tidak lupa juga mungkin ada yang berada di tengah-tengah tidak pasti sama ada pernah laluinya atau tidak.
Pernah suatu ketika,atau kadang-kala bila kita terlintas sesuatu di dalam hati tiba-tiba tidak berapa lama seketika itu,perkara yang terlintas itu berlaku secara realistik.

Situasi 1.

Minah: Bestnya kalu dapat jumpa abang Awang.(Di sudut hati)
Awang:Eh minah,buat apa dekat sini.Lama tak jumpa (Selang beberapa ketika selepas itu)
Minah:Awang ke ni?
Awang:Yalah.Akulah ni Minah.

Situasi 2.

Kejadian ini berlaku terhadap sebuah pasangan suami dan isteri.

Lia: Sedap jugak kalau dapat merasa sate hari ini.Mengidam pula.
Lan: Sayang,abang dah balik.Jom makan.(Pulang dari kerja)
Lia:Baiklah.Nanti sayang siapkan abang pergi mandi dulu.Sate!(Melihat di atas meja)

Serta masih terdapat sutuasi-situasi lain yang tidak sempat dirakamkan untuk diceritakan.
Sebenarnya kehidupan ini indah kerana kita ada pencipta.Dan sesungguhnya pencipta kita ini tahu apa yang terbaik untuk kita.


Tidak dijadikan miskin itu untuk kesusahan,
Tidak dijadikan kaya itu untuk kemewahan,
Tidak dijadikan "bodoh" itu untuk dimalukan,
Tidak dijadikan pandai itu untuk berlagak sakan.

Semua yang dicipta itu ada  peranannya masing-masing cuma terpulang kepada kita untuk memilih yang mana.
Jalan sentiasa terbuka namun atas usaha yang dijalankan sebesar mana,serta yakinlah usaha dan keyakinan kita untuk membina sebuah impian dalam hati atau fikiran itu juga sebuah usaha cuma mungkin atau kita sendiri yang tidak sedar.

p/s: Kalaulah masa itu sentiasa berikan peringatan sudah pasti semua pasti menghargainya.


because in the silence of my mind,
i can escape the noise of the world. 

No comments:

Copyright © 2010 |Learntobetheperfectsecretadmirer .blogspot | All Righted Reserved